MAJLIS BERBUKA PUASA
ASRAMA PUTERA SMK DATO' SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR, DARUL TA'ZIM
RABU 15 OGOS 2012.
FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS
Khamis, 23 Ogos 2012
Rabu, 22 Ogos 2012
SALAM KEMERDEKAAN
Rabu 15 Ogos 2012
SALAM RAMADHAN & SALAM KEMERDEKAAN & SALAM 1 IMPIAN
1. Sebab saya di sini lah !
2. Mak , ayah, atok .oyang semuanya lahir kat sini
3. Lahir-lahir negara dah ada bendera sendiri ! horey horey horey!!!
4. Bendera tuu pulak ada banyak..1 + 14 !
5. Masuk sekolah free..walaupun bayar yuran sikit..tu pun sebab bagi kat PIBG.
6. Macam-macam jenis sekolah ada..pilih aje nak masuk yang mana..sekolah orang putih,sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil..sekolah arab..
7. Ada banyak universiti .20 gomen punya ..yg IPTS melambak..pilih aje.Kat cyberjaya ada sekolah besar ..banyak org hitam putih kelabu ada belajar kat situ.
8. Paling banyak peksa..masa tadika,UPSR,PMR,SPM,.., …..tu belum masuk ujian bulanan..semester punya.
9. Masa kechik asyik berperang tapi bukan senjata betoi-betoi macam budak Palestine tuu.
10. Dapat keje dengan gomen..orang keje swasta pun lagi lumayan.
11. Kerja gomen ada jalan-jalan..walaupun bonus kejap ada kejap tak der..yg penting bahagia.
12. Yang tak dapat kerja gomen banyak kilang kat sini..buat tv ada, buat kereta ada ,buat kapal ada , buat bom pun ada !
13. Paling banyak cuti umum….boleh cuti-cuti Malaysia , keluarga kat Malaysia ni kan penyayang!
14. Negara yang paling banyak raja…termasuk Raja kecil Besar, Raja di Hilir, di Hulu..tapi tak termasuk rajakapoor tau !
15. Ada Asmunah, Sock Hong dan Vicky,Stacy,Masha, ,Rebecca tak kisah pun tidur sebantal makan sepinggan.
16. Sekarang ni lagi hebat..dah ada macam-macam kale, termasuk mat hitam legam.
17. Ada nasi..aduhai pegi tempat orang satu hari tak dapek nasik..gilo raso nye.Ada macam-macam jenis ..nasi lemak ,nasi campur, nasi ayam, nasi kerabu, nasi beriani, nasi dagang ???
18. Roti canai , tosei ,capati, puri, vadee, char kuey tiow orang melayu yang buat.
19. Macam-macam ada untuk dimakan..duri, rambut, besi,paku,kayu,batu semua boleh!pokoknya tak kebulurlah duduk di sini!
20. Tu tak termasuk lompat tikam,buah Melaka, tahi itik…badak pun kena sapu jugak .
21. Kalau mengidam ….tak payah nak pegi Thailand,Tokyo, Vietnam ,Jepun,Amerika ,Turki, Syria ..kat sini semua ada.
22. Malas nak masak atau urus rumah sendiri..panggil aje bibiek dari seberang ada, dari Filipina ada..sekarang cadang nak bawak dari Timur Lastee laaa pulak.
23. Kalau nak potong rumput, cat rumah panggil ada mat bangle atau mat nepali..
SALAM RAMADHAN & SALAM KEMERDEKAAN & SALAM 1 IMPIAN
Saya bangga sebagai anak Malaysia;
SEBAB1. Sebab saya di sini lah !

rehat kejap..kita layan gambar di atas..rumah/kenderaan anda dah dipasang bendera ??
24. Ada highway dari BKH sampai selat teberau..ada cadang ke rentas LCS pulak ?
33. Tak payah nak ada bekalan baju tebal sampai tutup hidung mata sebab cuaca kat sini tak keje shift.
34. Tak payah susah-susah lari ke tempat lain bila cuaca berubah macam Pak arab tuu..sepanjang tahun cuaca lebih kurang aje..
35. Tak tau pun nak kira skala rither sebab kat sini tak pernah ada gempa bumi.
36. Kalau rasa nak sejuk sikit pergi la ke Cameron ..bukan Cameron di Afrika.
37. Atau kalau nak seronok main-main rooler coster macam kat Disneyland..pegi aje ke Genting ke..tapi ingat ke situ bukan nak melabur duit.
38. Boring duduk kat rumah batu kita tidor kat rumah papan..banyak kan ,yang tak der rumah tu sebab mereka sengaja suka macam tuu..lepak.
39. Nak mandi laut atau skuba?...tak perlu hingga ke Mauritius..kat sini pun banyak..sampai ada pantai yang tak ader air..
40. Kalau nak sangat pegi ke England., New Zealand atau Portugal..tak payah susah-susah sebab tempat tu pun ada kat sini .
41. Tak payah keIndia nak cari sari, sireh..sebab banyak Little India kat Malaysia ni..Klang, Penang, Kl..Seremban pun ada.
42. China Town pun banyak..Petaling Street paling glamer…barang murah-murah.
43. Nak pakai baju pesen apa pun boleh..baju kurung, baju melayu, cheong sam, sari..Cuma ramai pulak yang beli kain tak cukup ela..
44. Sesiapa ada bakat seni..pilih aje lah nak yang macam mana..mak yong, gemelan,inang,samazau, ngajat atau sewang ?
45. Banyak tempat membeli belah..tak kira giant ke atau kedai kechik pun banyak..merata-rata
46. Sogo kat Kuala Lumpur tu orang Negeri Sembilan yang punya..tak caya ?..haa ..orang Kampung Sogo (Sega) Rantau..dekat kampong MBNS.
47. Punya hebatnya orang Malaysia membelibelah..sampai mengaku diri Setan..ish ish IE tidak !!
48. Cuba berdiri kat atas Jejantas Menara Berkembar Petronas tuu..mesti nampak hutan-hutan batu…( Nampak juga belukar papan kan ???).
49. Sesiapa yang tak ada tanah, gomen sedia nak bagi 10 ekar.. ! ada jugak yang jadi jutawan sebab meraka jual tanah yang gomen bagi TAPI ada jugak yang kaya sebab saman balik tuan yang bagi mereka tanah !!!
50 Suka hati kitalah nak masuk parti apa …merah ke biru ke hijau ke ..nak naik roket ke, nak ke bulan ke , mata lebam ke ..atau waraslah sikit kita guna dacing !
51. Sesiapa pun boleh jadi YB kat sini pokoknya pandai cari penyokong.
52. Terima kasih kepada orang dulu-dulu..tanpa semangat mereka , tanpa jerit payah keringat dan darah mereka , tanpa kesepakatan mereka..tanpa perundingan murni antara mereka ..DI MANAKAH KITA HARI INI ??
53. BERSYUKURLAH KITA DENGAN KEMERDEKAAN, KEMAJUAN ,KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA…..MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA
P/S BARU LEPAS SAHUR..RAMADHAN HARI KE 26...3 HARI SAJE LAGI KITA AKAN MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA RAMADHAN ALMUBARAK...
24. Ada highway dari BKH sampai selat teberau..ada cadang ke rentas LCS pulak ?
25. Tak nak naik bas ..naik air asia ke waubesar ke..kejap je dah sampai Lawas ke Langkawi .
26. Ada saga, angsa, kancil berkeliaran di jalanraya.
27. Tiap kilometer mesti ada masjid ,surau..Ada masjid india, cina , keling …pokoknya waktu sembahyang singgah aje lah..tapi ingat, jangan duk nak simbah-simbah dengan cat atau arak !
28. Kalau nak pegi Mekah..tak susah sebab ada Tabung Haji uruskan.
29. Orang Siam atau Buddha ke kalau nak sembahyang boleh juga baring atau duduk sama dengan patung giant kat Tumpat dan di Pasir Mas .
30. Bulan Februari sesape pun nak joint wel wel boleh ke batu caves…tak payah pergi ke Sungai Ganges.
31. Paling banyak hari raya…raya puasa, raya haji, raya cina, raya iban, raya Samy Velu…raya krismas, …
32. Tak pernah lagi tak mandi ke minum ke..sesekali besi tak keluar air..kechoh !kalau macam kat Afganistan tuu ?

Hari Raya Idilfitri : Yang
Perlu &
Yang Jangan DiLakukan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Bulan Ramadhan, sudah hampir
tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran'
bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka
sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
Sebaliknya orang yang tidak
sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta
dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang
dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh
dan objektif Ramdhan.
Seolah-olah individu yang
berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan
‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya
terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan',
merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.
Ahhh.. apa peduli apa !..Kata
sebahagian mereka
Masalah pasti berterusan kerana
sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu
bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala.
Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.
"waste of time!!"
katanya lagi.
Padahal di bulan Ramadhan yang
juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang
fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).
Malang bagi mereka yang masih
tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan
hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.
Sebagaimana kata-kata hukama :-
الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ
فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ
سَاقَهُ إلى النَّارِ
Ertinya : "Al-quran itu
boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu
(kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang
meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke
Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap
sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma
Az-Zawaid, 7/164)
BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM
RAYA?
Jika demikian, adakah Muslim di
tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya, bergembira di
Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam
bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan
dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur
kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan
penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW
dengan katanya :
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Ertinya : "Biarkan ia (
wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa
gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan
peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa
puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang
kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ
وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang
merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan
dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ;
Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid,
1/86 )
Selain mengenangkan usaha
berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan
membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut
bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya
dengan kegembiraan.
MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN
BERSEDIH?
Jika tadi disebut mukmin
gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.
Secara ringkasnya, dengan
berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah
SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin
dan solihin adalah :-
1) Peluang untuk meraih ke
Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang
pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin
sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.
2) Tawaran pengampunan
dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat
terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua
peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.
3) Kemaqbulan doa yang hebat
ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih.
Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.
4) Peluang mempertingkat taqwa,
iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan
firman Allah SWT.
5) Peluang terbesar di Malam
al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)
Hasil dari sebab inilah, kita
dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan,
terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat
Ramadhan di tahun hadapan.
TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI
Bagi sesiapa yang ingin
memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah
rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.
Rancangan yang tidak pasti akan
ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama,
tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari
menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh
mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih
kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih
belum puas menontonnya dan menikmatinya.
Sebagaimana perasaan hiba dua
ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim
cuti hariraya.
Dan sebagaimana sedinya ibubapa
En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin
Jazlin buat selama-lamanya.
Demikianlah para mukmin soleh
dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka
yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.
RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula,
umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil
fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin
Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi
sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum
keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas
Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW
tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah
beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan
terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan
peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir
yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a
keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah
imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan
mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan
apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun,
kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna
wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di
Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم
عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku
bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda
"taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu
minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai
pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah
mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina
pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak
menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat
solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari
Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan
pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan
hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang
diperolehi.
Nabi pernah bersabda :
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل
رَحِمَه
Ertinya : Barangsiapa yang suka
untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya,
maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)
RINGKASAN KESILAPAN DI HARI
RAYA
Dalam pada masa yang sama,
secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim
perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara
lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun
terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi
terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga
aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar
perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga
membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian
dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri
mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan
susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di
kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin
yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di
dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah
bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj
at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan
Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas
Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka
syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat
berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang
baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Terlalu banyak lagi senarainya,
bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
Selamat Hari Raya Idil Fitri
"Taqabbalallahu Minna Wa
Minkum Solehal A'Mal"
Selasa, 14 Ogos 2012
Majlis Khatam AlQuran dan Sumbangan Duit Raya Pelajar Sesi Petang
Majlis Khatam AlQuran dan Penyampaian Duit Raya
Guru dan Pelajar Sesi Petang SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
Guru dan Pelajar Sesi Petang SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
14 Ogos 2012, di Surau AlBanna
Hari ini bersamaan 25 Ramadhan. Diam tak diam tinggal 4 hari saja lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya. Terasa baru lagi mengucapkan ahlan wah Sahlan ya Ramadhan dan kini terpaksa berpisah. Sayu rasa hati.
Selepas waktu rehat, majlis pra hari raya dijalankan. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyediakan bunga telur, bunga pahar, sampul duit raya dan majlis khatam. Guru-guru antaranya Ust Jasmi, Pn Mufidah, Pn Hjh Kamilah, Cik Nur Fariha, Tn Hj Md Dan, Pn Asmunah dan ramai lagi kalau nak disebut di sini. Namun yang penting hasil kerjasama semua guru majlis berjalan lancar dan meriah sekali.
Seronok dan terharu melihat kegembiraan pada wajah pelajar-pelajar miskin yang menerima sumbangan duit raya. Begitu juga semua pelajar Islam menerima duit raya. Walaupun nilainya tak seberapa namun kegembiraan terpancar di wajah-wajak pelajar yang dikasihi semua.
Guru-guru tak ketinggalan menerima duit raya dan bunga telur. Masing-masing gembira kerana dah lama tak merasa menerima duit raya!!!!
Babak paling mengharukan ketika pelajar-pelajar berbaris bersalaman dan memohon kemaafan daripada para guru. Dan guru-guru pula silih berganti bermaaf-maafan dengan GPK Petangnya ini. Untuk semua guru dan pelajar terimalah ucapan daripada saya:
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN