TIPS DAN PANDUAN
1. Karangan jenis syarahan atau dikenali juga sebagai pidato merupakan
karangan berformat.
2. Format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini ialah:
a) Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah
mengikut mengikut pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat,
Yang Berbahagia, Yang Dihormati, dan lain-lain.
b) Kata-kata penghadapan diselang-seli antara satu atau dua
perenggan. Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan
ialah:
- Hadirin yang dihormati,
- Hadirin dan hadirat sekalian.
- Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
- Saudara-saudari yang dikasihi sekalian dll.
Penulisannya betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau
satu baris daripada isi sebelumnya.
- Format penulisan karangan mesti dipatuhi untuk mengelakkan
markah ditolak.
3. Kandungan syarahan terbahati kepada tiga;
a) Pendahuluan - berisi kata alu-aluan, menyatakan tajuk
b) Isi - memuatkan perkara-perkara penting yang hendak
disampaikan berdasarkan tajuk.
Isi diselang-selikan dengan kata-kata penghadapan
c) Penutup - memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih
4. Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam
bentuk pertandingan. Oleh itu, anda perlu memberikan kata-kata
pujian kepada hakim yang mengadilinya, seperti;
- Tuan Hakim yang adil lagi bijaksana, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana atau yang sama maksud dengannya.'
5. Untuk menulis syarahan yang bermutu, isi yang dikemukakan mestilah
bernas, tepat dan jelas.
6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda juga boleh
menyelitkan jenaka yang sopan, kata-kata kiasan , peribahasa,
pepatah, dan cogan kata.
7. Di bahagian akhir karangan sebelum ucapan - sekian, terima kasih, anda
boleh menyelitkan pantun yang bersesuaian sebagai penutup.

hai cikgu, sangat berguna tips cikgu ini. adik nak tanya, boleh adik guna tips ini untuk assignment dekat sekolah?
BalasPadamAssalam cikgu... izinkan saya guna tips cikgu ini sebagai bahan perkongsian... terima kasih
BalasPadamboleh je dik
BalasPadamSlm cgu..izinkan sy kongsikan tips cgu ini dengan pelajar sy. Trm kasih
BalasPadam👍
BalasPadam👍 sangat membantu
BalasPadamTak sangat membantu
BalasPadamKambing
PadamLon kalon postingan nyoe ka tepat sithon ka ulikot. Lon teungoh teumanyong, peue ka get mandum ngon Lending dari Discover. Peu na masalah keuangan droeneuh? Na peuminjam positif nyang geubri pinjaman keu droeneuh? Lon peucaya Pak Pedro dan perusahaan pinjaman gobnyan nyang ka lon keureuja sama untuk membiayai bisnis lon, peu na masalah keuangan droeneuh bak neu usaha untuk neucok pinjaman atawa neucok Pembayaran pinjaman fleksibel? Teuma Pedro dan perusahaan pinjaman gobnyan akan geuhargai masalah pinjaman nyoe baik pinjaman individu atawa pinjaman perusahaan, Jadi lon keuneuk peugah teurimong geunaseh Pedro Jerome dan perusahaan pinjaman gobnyan ka geubri pinjaman keu lon 320.000 USD. Hubungi Pedro Jerome ngon perusahaan pinjaman gobnyan bak . Email: . lfdsfundingservice@gmail.com
BalasPadamAceh aceh +19715308772.