Rabu, 16 Julai 2014

NOTA SAJAK PASAR PERASAAN - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU



SAJAK PASAR PERASAAN
(T.ALIAS TAIB)
Maksud
Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.

Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

Tema
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.

Persoalan
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.

2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.

3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.

4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

Bentuk
1. Bebas

2. Terdapat 7 rangkap

3. Rima akhir baris-baris ayat
• Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb
• Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd
• Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd
• Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
• Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
• Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
• Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab

Nada
Sinis

Gaya bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; ini pasar perasaan

2. Diksi – mudah difahami dan puitis.
Contohnya :bagai ranting kering

3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli


4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : kususuri sungai sibuk ini

5. Personifikasi
Contohnya : ini pasar tidak berakal

6. Metafora
Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia

7. Simile
Contohnya : bagai kayu buruk.

8. Epifora
Contohnya ; kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini

Nilai
1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.

2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran

3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat

4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup..

5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..

Pengajaran
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.

2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta

3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

NOTA SAJAK BANGKITLAH - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU



SAJAK BANGKITLAH
(REJAB F.I)


Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju.

Rangkap 2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.

Rangkap 3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.

Rangkap 4
Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.

Rangkap 5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan.

Tema
Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh anak-anak.

2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun.

3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari oleh semua orang.

4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka.

Bentuk
1. Bebas

2. Terdapat 5 rangkap

3. Rima akhir baris-baris ayat
• Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
• Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc
• Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd
• Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde
• Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd

Nada
Patriotik

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : bangkitlah

2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya : Anak-anak yang sedang lena

3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena

5. Sinkope
Contohnya; kau

6. Perlambangan
Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara

7. Personifikasi
Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.

Nilai
1. Nilai kegigihan.. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan..

2. Nilai kerjasama ..Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada.

3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri.

Persoalan
1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka.

2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.

3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.

4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan.

NOTA SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

 



DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
(LIM SWEE TIN)


Rangkap 1
Di bawah langit yang sama kita bernafas tanpa mengira tempat atau lokasinya sama ada di Beirut ataupun di Kuala Lumpur.

Rangkap 2
Penyajak menyukai gerimis di Kota London dan terpesona dengan angin dingin yang mencengkam tubuhnya di Washington yang di kelilingi oleh pepohon yang menghijau dan beraneka warna yang tiada bezanya.

Rangkap 3
Tidak kira sesiapapun yang menghuni Australia ataupun Afrika, semuanya sama kerana berada di bawah langit yang sama.

Rangkap 4
Penyajak ingin menyeberangi Laut Cina Selatan dan melayari lautan teduh yang merentasi laluan sutera yang berkongsi siang dan malamnya. Penyajak menyeru manusia agar memupuk perasaan cinta dan harapan yang sama dalam kalangan warga dunia kerana semuanya berada di bawah langit yang sama.

Rangkap 5
Peta-peta itu cuma memisahkan sempadan negara dan jangan ditutup pos sempadannya. Visa hanya merupakan keperluan rasmi buat seketika di samping dokumen penting seperti pasport. Kita masih mendakap mimpi yang sama untuk menggapai hasrat agar menghapuskan perasaan kebencian dan melupakan peristiwa silam yang buruk di bawah langit yang sama.

Tema
Hakikat persamaan antara manusia walaupun di mana sahaja mereka berada.

Persoalan
1. Persamaan dalam semua aspek kehidupan manusia tanpa mengira tempat.
2. Keamanan sejagat perlu disuarakan oleh semua warga dunia.
3. Lupakan persengketaan dan sejarah silam untuk mewujudkan kemanan.
4. Semua manusia sama sahaja di dunia ini

Gaya Bahasa
1. Personifikasi – Anyam cinta pelangikan zaman
2. Metafora – sejarah hitam
3. Pengulangan – Aku, Di bawah langit
4. Sinkof – Beirutmu, Kuala Lumpurku
5. Asonansi – Sesama kita – warga dunia
6. Aliterasi – Lebur kebencian kuburkan sejarah silam

Nada
Romantis

Nilai
1. Hormat-menghormati
2. Mematuhi peraturan
3. Kesaksamaan
4. Keamanan

Pengajaran
1. Kita haruslah memahami keadaan yang sama antara setiap warga dunia ini.
2. Semua manusia yang hidup di dunia ini memiliki persamaan dalam semua perkara tanpa mengira sempadan dan negaranya.
3. Kita hendaklah mewujudkan dan mengekalkan keamanan sejagat.
4. Kita perlulah melupakan peristiwa silam yang tidak baik.

NOTA SAJAK ARKITEK KOTA - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

SAJAK ARKITEK KOTA
SN MUHAMMAD HJ SALLEH



Maksud
Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.

Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.

Tema
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.


Persoalan
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.

2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.

3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.

4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.


Bentuk
1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab


Nada
Sinis

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim

2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik

3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan

4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi

5. Kata ganda
Contohnya : berbagai-bagai

6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim


7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar


Nilai
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.

2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota.

3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .

4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.

5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.


Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.

2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..

3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.

4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..

5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.




LATIHAN SAJAK ARKITEK KOTA - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU


ARKITEK KOTA

Muhammad Haji Salleh

Hanya seniman peka,
yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
Alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup,
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.


Soalan Set [1]

(i) Siapakah yang berhak membina kota ?                                                                              [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda apakah ciri seorang perancang bandar yang berjaya?     [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.                                  [ 4 markah ]

CADANGAN JAWAPAN

(i) Orang yang berhak membina kota ialah : (Pemahaman Teks)

• Seniman peka yang faham akan jiwa laut
• Semiman peka yang kenal lambung gelombang laut
• Seniman peka yang kenal alur sungai
• Seniman peka yang kenal diam batu
• Seniman peka yang kenal perasaan musim
• Seniman peka yang faham akan fiil langit
• Seniman peka yang kenal akan sabar bumi


(ii) Ciri seorang perancang bandar yang berjaya ialah :  (Soalan Kemahiran Berfikir (KBKK)

• Berilmu pengetahuan profesional.
• Berpengalaman luas dalam bidang tersebut.
• Mempunyai kerajinan/ daya usaha yang tinggi
• Tidak merosakkan ekosistem alam semula jadi / mesra alam
• Berfikiran kreatif dan inovatif
• Mempunyai kemahiran interpersonal & intrapersonal


(iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas (Soalan KOMSAS  

1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang
pembangunan kota.
2. Kita tidak harus merosakkan alam sekitar untuk membangunkan kota.
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan untuk
membangunkan kota.
4. Kita hendaklah memikirkan pelbagai masalah yang mungkin timbul akibat pembangunan kota.
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan
alternatif.

SET [2]

(i) Siapakah pencipta kota ?                                                  [ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat
sebelum membangunkan sebuah kota?                          [ 3 markah ]
(iii) Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas.       [ 4 markah ]

SKEMA JAWAPAN :

(i) Pencipta kota ialah :

• Pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai
• Pencipta kota ialah kelakar tua yang mengampungkan cerita
• Pencipta kota ialah orang bercinta yang perlukan bulan.


(ii) Kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan
sebuah kota.:

• Bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya.
• Kesesakan lalu lintas yang teruk
• Masalah kepadatan penduduk di kota
• Masalah kebersihan dan kesihatan penduduk
• Masalah sosial seperti jenayah dan sebagainya.


(iii) Dua persoalan dalam sajak di atas ialah :

Dua persoalan dalam sajak di atas adalah :

1. Persoalan pembangunan kota yang perlu dilihat daripada pelbagai aspek.
2. Persoalan kepentingan mengekalkan alam sekitar yang indah ketika membangunkan kota.
3. Persoalan mencari ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi perancang bandar.
4. Persoalan kepekaan terhadap ekosistem alam yang unik




Soalan Set [3]

(i) Nyatakan maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan.                                            [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ?                       [3 markah]
(iii) Nyatakan tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas.                                                            [4 markah]

SKEMA JAWAPAN SET [3]


(i) Maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan ialah menterjemahkan idea supaya menjadi
kenyataan.


(ii) Ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ialah :

• Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.
• Mempunyai kemudahan telekomunikasi yang canggih.
• Mempunyai pusat perniagaan bertaraf antarabangsa.
• Mempunyai reka bentuk bangunan yang bercirikan antarabangsa dan tempatan.
• Mempunyai instiusi pendidikan yang bertaraf dunia
• Mempunyai sistem keselamatan yang canggih.
• Mempunyai landskap yang menarik.
• Memiliki rangkaian institusi kewangan yang mesra pengguna.


(iii) Tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas.

• Bertanggungjawab
Bertanggungjawab ketika merancang kota

• Bijaksana
Bijaksana ketika memilih keutamaan dalam membangunan kota

• Jujur
Jujur melaksanakan pembangunan kota tanpa memusnahkan alam sekitar

• Berani
Berani mempertahankan warisan bersejarah apabila melaksanakan pembangunan kota

• Tegas
Tegas mematuhi peruntukan undang-undang ketika melaksanakan pembangunan kota

Isnin, 7 Julai 2014

UNIKNYA DUNIA - 11 Air Pancut Tercantik Di Dunia!

 

01. Bellagio Fountains, Las Vegas, Nevada
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia 


02. Archibald Fountain, Sydney
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

03. Fountain of Wealth, Suntec City, Singapore
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

04. Disney’s Fountain of Nations, Epcot
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

05. People’s Friendship Fountain, Moscow
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

06. Peterhof Fountains, St. Petersburg, Russia
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

07. Merlion Front, Singapore
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

08. Tap fountain, Santa Galdana, Menorca
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

09. Trevi Fountain | Rome, Italy
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

10. Magic Fountain, Montjuic, Barcelona
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

11. Horace Dodge Fountain, Downtown Detroit, Michigan
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia 

Jumaat, 4 Julai 2014

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. 
Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

  "Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. 

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban.

 Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”