Sabtu, 8 November 2014

RESEPI CUCUR GERAGAU BASAH BERLADO


Pernah tengok udang geragau...ala udang yang halus-halus tu.  Haa..udang nie kalau buat jemput-jemput atau cucur sangat sedap tau,  Tapi susah jugak nak cari udang nie..di pasar jarang ada. Kadang-kadang je kalau ada rezeki.  Tapi pagi Jumaat tadi memang rezeki kerana ketika nak beli ikan,,,ternampak udang geragau ..segar-segar lagi.  Beli tiga kilo..simpan peti ais boleh buat cucur tiga kali.   

Dan bila sebut pasal cucur geragau...teringat kepada arwah ibu.  Ibu suka buat cucur geragau dan memang favourite kami sekeluarga.  Cucur ni boleh dikatakan resepi nostalgia cikgu masa kedil dulu.

Udang Geragau Basah



BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram udang geragau basah (segar -  lebih kurang 1 mangkuk besar)
1 biji bawang besar - hiris kasar
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili atau sambal kicap sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci dan toskan udang geragau.
  2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi , bawang besar,cili hijau/merah, daun sup, dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (jangn  terlalu cair- jangan terlalu pekat), kiranya boleh dicedok dengan sudu.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau dijemput-jemput dengan jari. Goreng hingga kuning keemasan.
  5. Hidangkan bersama sos cili....




Ahad, 2 November 2014

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN NOVEL


Berdasarkan novel yang telah anda kaji, bincangkan perwatakan dua watak sampingan dalam novel tersebut.  [7 markah]

NOVEL MELUNAS RINDU


        Novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu.  Salah seorang watak sampingan dalam novel ini ialah watak Farhana.  Farhana  merupakan seorang yang penyayang.  Contohnya, Farhana sangat menyayangi Fuad, emak dan adik-adiknya.

        Watak sampingan seterusnya ialah watak Pak Ismail.  Pak Ismail digambarkan sebagai seorang yang taat kepada perintah agama.  Contohnya, Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering melakukan solat berjemaah di surau.


NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
        
        Novel yang telah saya kaji ialah novel Kabus Di Perbukitan.  Salah seorang watak sampingan dalam novel ini ialah  Rahayu.  Rahayu merupakan seorang yang penyayang.  Contohnya, Rahayu sangat menyayangi ibunya Salmah dan ingin bertemu dengan ibu kandungnya itu.

       Watak sampingan yang seterusnya ialah watak Azrul.  Dalam novel ini, Azrul digambarkan sebagai seorang yang  gigih berusaha. Contohnya, Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.



SOALAN PERBANDINGAN DUA NOVEL

Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, jelaskan perwatakan satu watak utama dalam setiap novel tersebut.   [8 markah]


      Dua novel yang telah saya pelajari ialan novel Kabus Di Perbukitan dan Melunas Rindu.  Watak sampingan dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah watak Rahayu.  Rahayu digambarkan sebagai seorang yang penyayang.  Contohnya, Rahayu sangat menyayangi ibunya Salmah dan sangat ingin bertemu dengan ibu kandungnya itu.

      Manakala dalam novel Melunas Rindu, watak sampingannya ialah Farhana.  Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang.  Contohnya , Farhana sangat menyayangi Fuad, emak dan adik-adiknya.




PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN NOVEL KABUS DI PERBUKITAN



Watak Rahayu

• Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.

• Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap „lembik‟.

• Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.

• Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai „ulat buku‟ oleh Azrul.

• Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.

• Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.


Watak Azrul

• Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.

• Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul contohnya: rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.

• Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.

• Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.

• Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.

• Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak.

• Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.
• Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.


Watak Kamarudin

• Bapa kepada Rahayu dan Faridah.

• Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.

• Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.

• Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.

• Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.

• Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.

• Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.

• Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.

• Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.

• Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

Watak Salmah

• Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
• Isteri pertama kepada Kamarudin.
• Usianya menjangkau 50 tahun.

• Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.

• Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.

• Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.

• Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

Watak Benny
• Berasal dari Dubai.
• Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny

• Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.

• Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.

• Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.

• Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.
















WATAK SAMPINGAN MELLUNAS RINDU

Watak Sampingan :

FARHANA

1. Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya.

2. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara.

3. Farhana berumur dua puluh empat tahun.Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.

4. sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

5. Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual.

6. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.

7. Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

8. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya.

9. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.

10. itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yangbertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu.

11. Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yangtegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

12. Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

13. Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.


Pak Ismail
Merupakan suami kepada Mak Salmah
Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya.
Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat berjemaah di surau.
Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika isterinya sakit.


Mak Salmah
Merupakan isteri kepada Pak Ismail
Mengambil Sofia sebagai anak angkat
Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.

Robert Lim
Nama Islamnya ialah Roslan.
Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Susan.
Merupakan seorang ahli perniagaan.