SET 1
Soalan
1 : Rumusan
[30 markah]
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentangciri-ciri yang perlu ada pada pelajar
untuk menjadi aset negaradan kepentingan pelajar cemerlang. Panjangnya rumusan
hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.
Transformasi sistem pendidikan
bertujuan melahirkan generasi masa depan yang menjadi aset untuk negara. Dalam
usaha mentransformasikan pendidikan negara ini, tidak dapat dinafikan bahawa
peranan guru adalah paling utama. Dengan perkataan lain, guru yang akan
menjalankan segala dasar yang telah ditetapkan. Selain usaha kerajaan dan guru
yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan
hasrat tersebut, para pelajar perlulah memiliki kriteria-kriteria yang
terpuji untuk menjadi aset negara yang cemerlang. Dalam hal ini, para pelajar
seharusnya bersikap peka terhadap hasrat murni kerajaan dan harapan masyarakat
kepada mereka.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
asas kejayaan pelajar yang akan menjadi aset negara adalah mempunyai
keperibadian dan disiplin yang tinggi. Dalam hal ini, mereka perlu mempunyai
kesedaran mendisiplinkan diri, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah,
mengawal diri daripada terjebak dengan masalah-masalah disiplin dan mengelakkan
diri daripada berkawan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Selain
itu, para pelajar yang bakal menjadi aset negara hendaklah melengkapkan diri
dengan input ilmu yang mencukupi sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Pelajar
hendaklah belajar bukan setakat untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi
berkemampuan untuk merealisasikan ilmu yang diperoleh.
Dalam dunia yang serba canggih dan
dipenuhi dengan pelbagai ilmu teknologi, kekuatan diri amatlah diperlukan
khususnya dalam kalangan pelajar bagi menepis unsur dan pengaruh luar yang
boleh menyesatkan dan merosakkan pemikiran. Lantaran itu, para pelajar
hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh. Di samping itu, para pelajar
seharusnya memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran bukannya melibatkan diri
dengan kegiatan yang tidak berfaedah yang hanya merugikan diri sendiri,
keluarga dan negara. Sebagai pelajar yang dilahirkan dalam dunia serba canggih,
mereka perlulah menyediakan diri dengan kemahiran yang mudah diubah suai secara
lebih global. Usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran
sentiasa menjadi keutamaan mereka walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
rintangan.
Pelajar yang bakal menjadi aset negara
juga mempunyai sifat tahan diuji dengan segala cabaran yang dihadapi terutama
apabila berhadapan dengan kepayahan dan kesusahan. Sikap negatif yang ada dalam
diri seperti tidak yakin, malu bertanya, dan perasaan rendah diri hendaklah
dihindari. Sebaliknya pelajar hendaklah bersikap sentiasa tidak puas hati akan
kejayaan yang sedikit, justeru hendaklah berusaha habis-habisan untuk mencapai
kecemerlangan. Ungkapan ‘kecemerlangan milik semua’ hendaklah terpahat di jiwa
pelajar.
Jelaslah, Transformasi Pendidikan
Negara merupakan salah satu usaha untuk mencapai misi nasional negara. Usaha
ini memerlukan penggemblengan tenaga yang bersungguh-sungguh daripada semua
pihak terutama para pelajar itu sendiri supaya mereka mempunyai hala tuju yang
jelas.
(Dipetik
dan diubah suai daripada
‘Hala Tuju Pelajar dan Era Transformasi Pendidikan’
oleh Izani Hj Daud,
Wadah Siswa, 2013)
‘Hala Tuju Pelajar dan Era Transformasi Pendidikan’
oleh Izani Hj Daud,
Wadah Siswa, 2013)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan
2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan, Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Berikanmaksudrangkai
kata merealisasikanhasrat.
[ 2 markah
]
(ii)
Pengarangadamenyatakanbahawaasaskejayaanpelajarbergantungkepadadisiplin
yang tinggi.
Nyatakan
disiplin-disiplin yang perlu ada pada seorang pelajar.
[
3 markah ]
(iii)
Pelbagaiusahatelahdilakukanuntukmelahirkangenerasicemerlang
masa hadapan yang menjadiasetnegara, namunmasihmenemuikegagalan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca kegagalan
tersebut?
[ 4markah
]
SET 2
Soalan
1 : Rumusan
[30 markah]
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentangpunca-punca kenaikan harga barangdan kepentingan
kestabilan harga barang kepada pengguna. Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120
patah perkataan.
Walaupun pelaksanaan cukai barang
dan perkhidmatan (GST) belumdilaksanakan lagi, namun peningkatan harga
kebanyakan barang sudah ketara. Situasi ini mengundang keresahan pelbagai pihak
terutama para pengguna yang berasa amat terbeban apatah lagi setelah GST
dilaksanakan sepenuhnya pada April 2014. Namun begitu kenaikan harga barang ini
semakin berleluasa setiap kali menjelang musim perayaan seperti bulan Ramadan
dan Hari Raya Aidilfitri. Kenaikan harga barang-barang jualan terutama di bazar
Ramadan adalah berpunca daripada kenaikan harga barang basah di pasaran.
Kita sedia maklum bahawa faktor
dominan kenaikan harga barang di pasaran ialah sikap pemborong dan peniaga yang
tamak mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
Implikasinya pengguna yang terpaksa menjadi mangsa rakus pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab ini sehingga menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin
membebankan. Selain itu, kehidupan rakyat semakin terhimpit, tambahan pula
mereka terpaksa mengurangkan atau mengeluarkan tabungan mereka untuk memenuhi keperluan hidup seharian.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa permintaan yang mendadak terhadap sesuatu
barang turut menjadi punca utama
peningkatan harga barang ini. Misalnya, permintaan terhadap daging ayam dan daging lembu meningkat secara drastik
menjelang musim perayaan. Kesannya, pembekal dan peniaga akan meningkatkan
harga dengan sesuka hati walaupun
kerajaan sentiasa menetapkan harga siling.
Seperti biasa alasan klise yang
sering diberikan oleh peniaga ialah pembekal serta pemborong telah menaikkan
harga bekalan, maka mereka tiada pilihan kecuali menaikkan harga jualan.
Kesannya, pengguna terpaksa membeli barang tersebut walaupun harganya naik
kerana secara realitinya pengguna tidak ada banyak pilihan kerana hampir semua
peniaga mengenakan harga yang sama. Lantaran itu, syor untuk memboikot sesuatu
barangan semakin tidak relevan. Tindakan penguatkuasaan dan serbuan oleh pihak
berkuasa juga belum menampakkan hasil yang memberangsangkan dan peniaga masih
tetap menaikkan harga barang. Apatah lagi, pengamalan harga siling jualan
kepada peniaga belum mampu memberikan kesan baik bagi membendung masalah ini.
Pengguna sering merungut bahawa
punca kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh tindakan pemborong dan
pembekal yang terus memanipulasi harga barang. Apakah tindakan terhadap
kelompok pembekal dan pemborong ini? Andai tindakan terhadap pembekal berkesan,
sudah pasti harga barang tidak akan meningkat. Dalam hal ini pihak berkuasa
janganlah terlalu fokus kepada peniaga sehingga terlepas pandang kawalan
terhadap pembekal. Apa-apa pun harapan pengguna hanyalah satu iaitu mahukan
kerajaan lebih tegas dalam mengawal harga barangan pada setiap rantaian
bekalan.
(Dipetik
dan diubah suai daripada
‘Jangan Terus Aniaya Pengguna’
oleh Noor Mohamed Shakil Hameed
Utusan Malaysia, Mei 2015)
‘Jangan Terus Aniaya Pengguna’
oleh Noor Mohamed Shakil Hameed
Utusan Malaysia, Mei 2015)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan
2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan, Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikanmaksudrangkai
kata memenuhikeperluan.
[ 2markah ]
(ii)
Pengarangadamenyatakanbahawasikappemborongdanpeniaga
yang tamaktelahmendatangkankemudaratankepadapengguna.
Nyatakan kemudaratan-kemudaratan tersebut.
[ 3 markah]
(iii)
Sebagaipenggunabarangan,
kitamempunyaibanyakkaedahbagimengatasikemelutkenaikanhargabarang.
Apakahusaha-usaha yang
bolehandalakukanbagimengatasimasalahini?
[ 4markah ]
[ 4markah ]
Boleh cuba dan emelkan jawapan ke alamat emel
cikgukalsom@yahoo.com
Selamat mencuba