HALAMAN 2

Selasa, 23 April 2019

PERENGGAN PENDAHULUAN MENGGUNAKAN KAEDAH Pw2AT2ATg




MENGANALISIS SOALAN DAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH FORMULA  Pw2AT2ATg.


SOALAN 1.

Golongan remaja merupakan aset negara yang penting dalam membantu membangunkan dan memajukan negara.  Huraikan pendapat anda tentang peranan remaja dalam pembangunan dan  kemajuan negara.
Tulis karangan anda selengkapnya.

Analisis soalan:

Tema:    golongan remaja dalam pembangunan dan kemajuan negara

Tugasan:  huraikan pendapat tentang peranan remaja dalam pembangunan dan kemajuan negara

Format :  tiada (karangan pendapat)


Menulis perenggan pendahuluan menggunakan kaedah formula Pw2AT2ATg
Pw    -  penanda wacana
AT     -  ayat tema

ATg   -  ayat tugasan

Pw
Memang tidak dapat kita nafikan lagi
AT (1)
Golongan remaja merupakan aset berharga bagi negara kita dalam membantu membangunkan dan memajukan negara
AT(2)
Golongan remaja merupakan pemimpin pelapis negara pada masa hadapan yang bakal memacu negara ke arah menjadi negara maju yang disegani seantero dunia.
ATg(1)
Golongn remaja memainkan peranan penting. justeru remaja pada masa kini merupakan gambaran corak negara kita pada masa hadapan.
ATg(2)
Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh generasi muda dalam pembangunan dan kemajuan negara?

Conroh perenggan pendahuluan

                Memang tidak dapat dinafikan lagi, golongan remaja merupakan aset berharga bagi negara kita dalam membantu membangunkan dan memanjukan negara.  Golongan remaja merupakan pemimpin pelapis negara pada masa hadapan yang bakal memacu negara ke arah menjadi negara maju yang disegani seantero dunia.  Golongn remaja memainkan peranan penting. justeru remaja pada masa kini merupakan gambaran corak negara kita pada masa hadapan.  Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh generasi muda dalam pembangunan dan kemajuan negara?






Selasa, 9 April 2019

TATABAHASA - Menukar Ayat Pasif kepada Ayat Aktif


MENUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF

SISTEM BAHASA
SOALAN 3(b)
Menukar ayat pasif kepada ayat aktif
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat akti tanpa mengubah maksud asalnya (tahun 2018)
(i)          Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.(2018)
(ii)         Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.(2018)
(iii)        Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.(2018)
(iv)       Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya.
(v)         Semua murid tingkatan lima diminta oleh Cikgu Syahir untuk ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.
(vi)       Keluhan dan masalah anak-anak remaja perlu didengar oleh ibu bapa supaya mereka dapat mengatasi gangguan emosi mereka.
(vii)      Beberapa  ujian kecergasan perlu kami lepasi sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.
(viii)     Tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah .
(ix)       Semua rakyat telah diseru oleh pihak kerajaan untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
(x)         Pihak kerajaan telah menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
(xi)       Laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa telah disediakan oleh setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya.

JAWAPAN:


Analisis ayat
(i)          Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.(2018)
Subjek : Kita
Objek  :  Barangan yang penting sahaja
Kata kerja: bawa – tambah imbuhan membawa
Ayat aktif:  Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
(ii)         Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia  itu pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
(iii)        Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.
(iv)       Kakak memberitahu emak bawa adik sedang membaca buku cerita di biliknya.
(v)         Cikgu Syahir meminta semua murid tingkatan lima untuk ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.
(vi)       Ibu bapa perlu mendengar keluhan dan masalah anak-anak remaja supaya mereka dapat mengatasi gangguan emosi mereka.
(vii)      Kami perlu melepasi beberapa ujian kecergasan sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.
(viii)     Pihak sekolah akan mengenakan tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau poteng sekolah.
(ix)       Pihak kerajaan telah menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.

(x)         Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.














Khamis, 4 April 2019

PEMBETULAN UJIAN FORMATIF 1

PEMBETULAN UJIAN FORMATIF 1


Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian buat ulasan tentan langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan.  Panjang ulasan anda hendaklah antara 80 - 100 patah perkataan.






            Keracunan makanan merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh makanan atau persekitaran yang tidak bersih.
            Terdapat banyak langkah untuk mengelakkan  berlakunya keracunan makanan terutama di kantin sekolah.  Antaranya ialah pihak pengusaha kantin mestilah memastikan makanan bersih dan berkualiti .  Hal ini dapat mengelakkan penyakit dan pembiakan bakteria dalam makanan yang menyebabkan keracunan.  Seterusnya, pihak berkuasa hendaklah melaksanakan pemantauan yang berterusan untuk memastikan pengusaha kantin sentiasa mematuhi peraturan dan memastikan penyediaan makanan dalam keadaan sentiasa bersih.  Selain itu, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengusaha kantin yang tidak bertanggungjawab agar mereka menyedari kesilapan dan menjaga kebersihan kantin dan makanan yang dijual kepada murid-murid. 

Kesimpulannya, semua pihak haruslah menitikberatkan kebersihan makanan yang jual demi menjamin kesihatan murid-murid dan mengelakkan berlakunya keracunan makanan.