Latihan dan ulang kaji novel Sejambak Bakti
Tingkatan I aspirasi dan I Inspirasi
Tarikh tugasan: 28.9.20I9
Tarikh hantar : 30.9.20I9 (Isnin)
Sila buat latihan anda dalam buku latihan komss antologi.
Tugasan:
Teliti jadual di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Jawapan anda mestilah dalam bentuk esei dan sekurang-kurangnya 4 isi .
Berdasarkan isi-isi penting dalam jadual
(a) Bincangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel Sejambak Bakti.
(b) Bincangkan pengajran-pengajran yang terdapat dalam novel Sejambak Bakti.
NILAI
|
CONTOH PERISTIWA
|
PENGAJARAN
|
|
1
|
Nilai Kegigihan
|
Contohnya,
Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk
memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri
Kayangan. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat
pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.
|
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan
sesuatu pekerjaan supaya mendapat kejayaan.
|
2.
|
Nilai Pemaaf
|
Contohnya,
Razalisanggup memaafkan Munir
walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah
Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi
SPM.
|
Kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan orang
lain kerana sikap pemaaf merupakan sikap yang mulia.
|
3.
|
Nilai Kasih sayang
|
Contohnya,
Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada
Razali. Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali
kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat
menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu
Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
|
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya
hidup sentiasa bahagia dan gembira
|
4.
|
Nilai Bekerjasama
|
Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga
pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan
ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam
pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
|
Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu tugas supaya mencapai kenayaan
|
5
|
Nilai Bertanggungjawab
|
Contohnya,
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
menengah Teknik Sri Kayangan yang lain melaksanakan tugas
masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah
mereka.
|
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.
|
6.
|
Nilai Ketabahan
|
Contohnya,
Razali tabah dalam menghadapi segala dugaan dan
cabaran yang dicipta oleh Munir dan kawan-kawannya yang cemburu akan kejayaan
Razali serta hubungan mesranya dengan Ramlah.
|
Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan
yang mendatang dalam kehidupan.
|