Khamis, 24 September 2020

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS KONSEP SUBJEK, PREDIKAT, DAN OBJEK

   

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

 

KONSEP SUBJEK, PREDIKAT, DAN OBJEK

 

 

2.1) KONSEP SUBJEK

 

SUBJEK (FRASA NAMA) - kata nama, kata kerja (berfungsi sebagai kata nama), kata adjektif (berfungsi sebagai kata

 nama), kata ganti nama

 

a.    Kunci pintu itu di dalam poket

b.    Sabar sebahagian daripada iman

c.    Membazir amalan syaitan

d.   Dia pengurus syarikat itu

 

Jenis kata

Contoh

Predikat

 

Kata nama

Kunci pintu itu

di dalam poket

Kata ganti nama

Dia

pengurus syarikat itu

Kata kerja (Berfungsi sebagai kata nama)

Membazir

amalan syaitan

Kata adjektif

Sabar

Sebahagian daripada iman

 

 

2.2) KONSEP PREDIKAT

 

a.    Adik saya pengurus syarikat itu. (Predikat frasa nama)

b.    Kami sedang beristitrahat. (Predikat frasa kerja)

c.    Minuman itu terlalu manis. (Predikat frasa adjektif)

d.   Kunci pintu itu di dalam poket. (Predikat frasa sendi nama)

 

 

2.2.1) FUNGSI PREDIKAT SEBAGAI PELENGKAP

·         Biasanya muncul dalam ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif.

·         Contoh ayat -

a.    Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun yang lalu

b.    Dia beributirikan artis veteran

 

Dalam ayat ini, pensyarah USM dan artis veteran merupakan pelengkap predikat. Predikat ini berfungsi sebagai pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut. Perkataan bermukim dan beributirikan merupakan kata kerja tak transitif. Maka, pensyarah USM merupakan frasa sendi nama manakala artis veteran merupakan frasa nama.

 

 

2.2.2) PREDIKAT SEBAGAI PENERANG

a.    Penerang nama keturunan

b.    Jenis

c.    Kelamin

d.   Tempat

e.    Arah

f.     Anggota badan

g.   Hal atau perkara

h.   Milik

 

 

2.2.3) PREDIKAT SEBGAI KETERANGAN

·         Muncul dalam ayat yang mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif. Unsur keterangan terbahagi kepada jenis-jenis yang berikut; Keterangan tempat atau arah, keterangan waktu, keterangan cara, keterangan tujuan atau harapan, keterangan alat, keterangan penyertaaan, keterangan hal dan keterangan bagai.

 

a.    Pelajar-pelajar itu bersenam di padang (keterangan tempat)

b.    Cahaya bulan bersinar terang (keterangan cara)

c.    Mereka bersurai pada jam sembilan suku pagi (keterangan waktu)

d.   Hayati pulang dengan basikal (keetrangan alat)

e.    Dia melabur untuk memperoleh keuntungan (keterangan tujuan dan harapan)

f.     Perdana menteri bermesyuarat dengan Jemaah Menteri (keterangan penyertaan

g.   Mereka berbahas mengenai belanjawan negara (keterangan hal)

h.   Mereka berlari seperti dihambat oleh anjing (keterangan bagai)

 

2.3) OBJEK

·         Objek dalam ayat dasar telah dikategorikan kepada dua jenis iaitu objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. Objek sipi menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja. Biasanya ayat aktif transitif mengandungi kata kerja yang menerim,a objek tepat dan objek sipi sebagai penyambut.

 

a.    Ibu menjahitkan kakak baju kebaya

                       Objek tepat; kakak

                       Objek sipi ; baju kebaya

 

b.    Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung sampai mati

                      Objek tepat; Pengedar dadah itu

                      Objek Sipi; hukuman gantung sampai mati

 

·         Dalam contoh di atas, kakak dan pengedar dadah itu merupakan objek tepat yang berfungsi sebagai penyambut secara langsung bagi kata kerja menjahitkan dan menjatuhi. Manakala baju kebaya dan hukuman gantung sampai mati merupakan objek sipi yang berfungsi secara tidak langsung bagi kata kerja tersebut.

 

a.    Kejayaan adik amat membanggakan kami

·         Objek dalam ayat ini (kami) boleh digugurkan menjadi kejayaan adik amat membanggakan. Sekiranya objeknya terdiri daripaa orang kedua dan ketiga, maka objek tersebut tidak boleh digugurkan. (Objek orang pertama)

 

Contohnya :

a.    Saya berharap agar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini menggembirakan anda semua (objek orang kedua)

b.    Pembabitan pelajar dalam gejala gengsterisme amat membanggakan pihak sekolah (objek orang ketiga)