LATIH TUBI MENULIS KARANGAN
TINGKATAN : 3 KRISTAL
TARIKH : 4 OGOS 2023
ARAHAN TUGASAN: Salin
contoh karangan
(BAHAGIAN A)
Tema: MENCAPAI
IMPIAN MENUAI KEJAYAAN
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan
pendek yang panjangnya antara 50 – 80 patah perkataan.
Penglaman Menyertai
Kem Motivasi Diri
mengikuti kem
motivasi diri - anjuran Kelamb
Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling – memperoleh pelbagai kemahiran berguna - pakar
motivasi diundang – membakar semangat – aktiviti sumbang saran – berjaya menyelesaikan
tugasan – amat gembira |
Contoh karangan:
Pada
minggu lalu, saya telah mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan
Kerjaya dan Kaunseling. Seramai 80 orang
murid dari beberapa buah sekolah telah menyertai kem ini dan dikelolakan oleh 8
orang guru.
Seorang pakar
motivasi terkenal, Datuk Dr Fadilah Kamsah diundang untuk memberi ceramah
motivasi. Beliau mengingatkan kami
tentang pentingnya ilmu pengetahuan di samping membakar semangat kami agar
belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pelita hidup. Selepas ceramah, kami menjalankan aktiviti
sumbang saran tentang langkah mencapai kecemerlangan secara berkumpulan. setiap kumpulan berjaya menyelesaikan
tugasan.
Saya berasa
sangat gembira kerana mendapat kenalan baharu dan membina keyakinan diri
sendiri.
(80
patah perkataan)
Latihan:
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan
pendek yang panjangnya antara 50 – 80 patah perkataan.
Gotong-royong
Bersama-sama Keluarga
cuti sekolah – bergotong-royong dengan ahli keluarga – membersihkan
Kawasan rumah – menyediakan barang keperluan – longkang dan halaman rumah –
ruang tamu dan ruang dapur – menyapu dan mengemop lantai bilik-bilik – letih tetapi
gembira – kawasan rumah bersih dan ceria |