Sabtu, 28 Julai 2012

Puasa Ramadhan: Ikhlas kerana Allah atau nak kuruskan badan




Hari ini 28 Julai genap 8 hari kita berpuasa..

Antara dialog yang sering kita dengar dalam kalangan orang pompuan..
ehh..awak, saya dah turun 2 kg tau...agak-agak kalau sampai 30 hari nie berapa kg lagi turun ye? eii seronoknya
.......awak turun berapa kg?
.......hai!! dah lapan hari posa...berat tak turun-turun pun...ish...ish
Sebenornya kita berpuasa..niat kenalah betulkan ye.  Kita berpuasa kerana menunaikan perintah Allah dengan menahan lapar dan dahaga.  Maksud niat posa ' Sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah Taala. Dalam masa yang sama..kalau berat badan kita turun tu dah rezeki lah namanya tu,tak payah makan ubat diet.  Tapi jaga-jaga jangan sampai nawaitu kita nak kuruskan badan pulak...diterima ke posa kita tu nanti.  Nie kena tanya ustaz atau orang yang lebih arif tentang kedudukan puasa kita..
     Kita maklumkan berlambak-lambak ubat diet di pasaran...beratus-ratus ringgit habis sebab nak kurus.  Hah itulah rahsia berpuasa ikhlas kerana Allah...insyallah dalam masa yang sama kita akan kurus dan sihat serta aktif dalam menjalankan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.  Salam Ramadhan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.