Berita Semasa : Persetujuan pihak berkenaan bagi mempersetujui membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah telah banyak menimbulkan ke tidak puas hati oleh sejumlah besar warga Malaysia…
Biarpun telefon bimbit kini sudah menjadi keperluan dan bukan lagi kehendak tetapi penggunaannya di sekolah adalah tidak wajar.. Banyak kesan negatif yang akan timbul berbanding positif…
Kalau dinilai dari sudut Positif:
- Dapat membantu pelajar jika berlaku kecemasan
- Kemudahan untuk memperoleh maklumat semasa
Kalau dinilai dari sudut Negatif
- Pelajar kemungkinan akan lebih menumpu perhatian kepada telefon berbanding cikgu yang mengajar
- Risiko kehilangan tinggi
- Laman web FB dan Youtube menjadi hiburan
- Aksi merakam dan upload ke Youtube dan FB berluas-luasa
- Meningkatkan masalah sosial yang tinggi
- Ibubapa yang kurang berkemampuan pastinya menjadi tertekan sekiranya anak mereka inginkan telefon bimbit
Mungkin banyak lagi kesan positif dan negatif jika membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah tetapi harus di tekankan adalah kesan yang negatif adalah sangat tinggi berbanding kesan positif
Pelaksanaan ini juga berkemungkinan akibat desakan beberapa pihak untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit..Tidak dinafikan penggunaannya penting jika berlaku kecemasan dimana pada masa kini sudah sukar untuk mendapatkan telefon awam..
Terpulanglah kepada mereka untuk tidak melaksanakannya atau menarik balik pelaksanaannya tahun depan..Mungkin sebelum ianya mengumumkannya sudah pasti mereka ini sudah mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan yang akan diperolehinya kelak..
Pada pendapat saya pula,pelaksanaan ini tidak perlu kerana mungkin akan banyak menimbulkan masalah kepada guru dan mungkin juga ibu bapa. Masalah disiplin pelajar semakin serius terutama di sekolah-sekolah di bandar. pelaksanaan ini hanya akan menambah masalah kawalan disiplin di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.