Sabtu, 22 Jun 2013

AL QURAN MOTIVASI HIDUPKU

 





   

 Jumaat, 12 Syaaban 1434 H
        Diari cikgu untuk malam ini buat renungan semua...bahawa tidak ada ubat paling mujarab, tiada penawar paling ampuh bagi pengubat jiwa nan lara dan hati yang bersedih serta rasa putus asa apabila menghadapi pahit getir kehidupan.  Dia lah yang menguji kita dan kepadaNya lah kita temui jalan penyelesaiannya.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

       Dalam mengharungi kehidupan ini , pada setiap langkah dicipta, pada setiap nafas dihela kita tak terlepas dari diuji dengan seribu keperitan, kesedihan dan keluh kesah.  Terkadang, hati terasa hiba apabila  tak tercapai cita, raga terasa lesu bila rintangan menjelma.   UjianNya  terasa amat berat sehingga air mata tak pernah surut mengalir hiba.  
         Terasa berat untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…Kita tertanya-tanya ke manakah perginya sang mentari pada hari yang mendung dan kelam...rupa-rupanya Allah anugerahkan kita pelangi setelah redanya gerimis di siang hari.  Memang sebenarnya tidak ada penawar jiwa yang paling mujarab melainkan ayat-ayat Allah.....tidak ada penyejuk hati yang paling nyaman melainkan ayat-ayat Allah dan tidak ada pendorong maha hebat melainkan ayat-ayat Allah.  Melalui kekasihNya Muhammad ayat-ayat indah ini disampaikan kepada kita umatnya.

Ayat-ayat ini kukongsikan untuk renungan bersama-sama
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…penuh dorongan menjadi khalifah terbaik di bumi Allah
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran  : 58.
Sahabat dan anak-anak didikku,

Kita perlu kuat dan tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan, walau apa juga peranan kita - sebagai ibu bapa, suami, isteri, anak, pelajar ...apa-apa jua sekalipun...

Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11 
“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabat dan anak-anak didikku,

Ketahuilah hakikat bahawa segalanyacabaran dan dugaan adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu..maka kita akan menjadi insan yang tabah dan redha.

Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran  
139.

Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali”(Q.S. Al-Baqarah: 155-156) 




Sahabat dan anak-anak didikku yang dikasihi,

Sentiasalah kita beriman dengan janji-janji Allah supaya kita tidak menjadi orang yang mudah berputus asa sebaliknya Allah akan menyediakan jalan keluar untuk sebarang kesulitan dan masalah..


“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)


Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui..setiap kesulitan dan musibah ada hikmahya...



“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku hampir jatuh tersungkur ..namun terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat.  Semoga memberi manfaat kepada kita dunia dan akhirat.;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.