Walaupun peristiwa ini sudah agak lama berlalu, tetapi impaknya masih terasa kepada warga sekolah SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat. Peristiwa yang sangat menarik tentang kejujuran seorang remaja telah menjadi tajuk berita yang mendapat perhatian umum.
Berita tentang remaja ini yang memulangkan beg tangan berisi wang tunai RM37,500 kepada yang empunyanya telah disiarkan berterusan di beberapa akhbar arus perdana sehinga menyebabkan remaja bernama Amir Azizah Hashim yang berasal dari Batu Pahat ini menjadi seolah-seolah selebriti kecil yang menjadi buruan pemberita dari Malaysia dan Singapura.Temubual dan berita di suratkhabar tentang kejujuran Amir Azizan yang bersekolah dalam tingkatan 1 Cerdik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK )Dato' Syed Esa menjadi kebanggaan pihak sekolah khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Sudah semestinya keluarga pelajar ini turut berasa bangga kerana telah mendidik anak mereka dengan baik.
Berita tersebut boleh dibaca di 4 akhbar terkemuka termasuk petikan akhbar Singapura.
1) The Star Online:
Honest boy finds unwanted fame
By CHRISTINA TAN
BATU PAHAT: When 13-year-old Amir Azizan Hashim returned a handbag with S$15,000 (RM37,500) to the rightful owner, he did not expect to be troubled by the massive media attention that followed.
The SMK Dato Syed Esa student has been hounded for interviews by Malay dailies and Singaporean journalists since the owner, a Singaporean woman, called his school to thank him for his honesty.
“My grandfather is worried about all the media attention,” said the boy who had to be convinced by his teachers to have his picture taken by reporters here yesterday.
Amir was cycling home after buying a newspaper for his mother at a shop in Taman Soga about two months ago when he spotted the woman at a supermarket carpark.
“I saw her placing her handbag on the roof of her car. But then she got into her car and drove off and the handbag fell off the roof.
“I picked up the handbag from the ground and chased after the car on my bicycle. I managed to stop her at a T-junction about 200m away,” he said, adding that inside the bag were a passport and an envelope with the cash.
He said when he showed the woman the handbag, she immediately thanked him and offered him S$10 (RM25) as a token of appreciation but Amir refused the money.
“My mother told me that we must not take things that do not belong to us,” said Amir, who received a certificate of appreciation from the school during Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi’s visit in January.
“I didn’t expect that returning other people’s belongings could draw so much attention,” he said, adding that he felt nervous by it.
Principal Rohanah Esmail said the school only came to know about Amir’s story after the woman called the school to thank him.
“We were so surprised and proud of him. He has set an extraordinary example,” she said.
Describing Amir as a very shy boy, the school’s student affairs division senior assistant Mohd Taat Kasran said the student was worried about his photograph and story being published in the newspapers.
“However, we told him that he would be doing it for a good cause and to spread the message about honesty,” he said.
2) Sinar Harian
Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500
KAMARUL HALIM M KAMAL
BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.
Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.
“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.
“Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.
“Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ,” katanya kepada Sinar Harian.
Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan.
“Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit.
“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.
Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya.
“Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah.
“Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji.
“Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500).
“Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya,” katanya.
Pelajar pulangkan wang RM37,500 terima sijil
BATU PAHAT 27 Feb. – Memegang pesan ibu supaya jangan mengambil barangan yang dijumpai, seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikal sejauh 200 meter untuk menyerahkan seutas beg tangan berisi 15,000 dolar Singapura atau RM37,500 yang terjatuh daripada sebuah kereta di Taman Soga di sini awal Januari lalu.
Amir Azizan Hashim, 13, menemukan beg tangan berisi duit dan barangan berharga milik warga Singapura itu ketika dia berbasikal ke sebuah pasar raya bagi membeli surat khabar.
Menurutnya, semasa dalam perjalanan ke pasar raya itu pada pukul 10 pagi hari kejadian, dia ternampak seutas beg tangan di atas sebuah kereta yang sedang bergerak.
“Tidak lama selepas itu, beg tangan pemandu wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terjatuh di atas jalan sebelum saya mengambil dan memeriksa kandungannya. Ketika itu saya dapati terdapat banyak wang kertas Singapura dan jam tangan yang berharga.
“Melihat keretanya bergerak perlahan, saya terus mengejar kenderaan itu dengan mengayuh basikal selaju mungkin kerana mahu menyerahkan semula beg itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa di sini hari ini.
Amir Azizan memberitahu, usahanya mengayuh basikal dengan laju berhasil apabila dia berjaya menahan kereta tersebut dan menyerahkan semula beg tangan berkenaan kepada pemiliknya.
Wanita terbabit yang terharu dengan keikhlasan Amir Azizan memulangkan beg itu dan mengucapkan terima kasih beberapa kali selain menghulurkan wang sebagai sagu hati kepadanya.
“Tetapi saya tidak terima wang itu kerana teringat pesanan ibu dan ayah yang kerap kali menasihati supaya tidak menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenali walaupun telah menolongnya.
“Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya, antaranya alamat sekolah sebelum dia pergi dan tidak menghubungi saya selepas itu,” ceritanya.
Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Dato’ Syed Esa, Mohd. Taat Kasran memuji tindakan Amir Azizan yang sanggup mengejar dan memulangkan beg yang ditemui itu dan patut dijadikan contoh kepada pelajar lain.
“Pemilik beg itu ada menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir Azizan dan memujinya.
“Berikutan itu pihak sekolah telah menganugerahkan sijil penghargaan atas kejujuran Amir,” katanya.
I wasn’t tempted to take $15,000
Chai Hung Yin
She left her bag containing $15,000 on the roof of her car while in Johor and drove off without realising it.
But luckily for the Singapore woman, a boy saw the bag fall off the car. He picked it up, caught up with her on his bicycle and returned it.
When he refused her $10 reward, the woman called his school to tell them about the good deed.
On Wednesday, the boy, Amir Azizan Hashim, 12, was presented with a certificate of commendation and RM100 (S$40) in prize money by his school during morning assembly.
The Secondary 1 student at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa told The New Paper in Malay: “I remember my mother’s advice – not to take other people’s belongings. I wasn’t tempted to take it because it wasn’t mine to begin with.”
Read the full report in The New Paper on Friday (March 01).
(The New Paper only provides partial article on their website)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.