Ahad, 9 Jun 2013

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH BATU PAHAT

Masak Asam Pedas Kepala Ikan Merah



        













Hari ni, En Suami dan beberapa orang gengnya 
sedang sibuk 'upgrade'
garage kereta.   Jadi 
En Suami pesan suruh 
Masak Asam Pedas Kepala 
Ikan Merah untuk gengnya 
makan.  Jadi pagi-pagi 
buta dah ke pasar Batu 
Pahat cari ikan merah.  
Nasib baik ada....kalau
 tak kempunan pulak hehe..























haaa......dah dapat ikan sekilo RM 25.00 ..apa lagi 
berjoget le dekat dapur..

Resepinya boleh tengok  bawah nie.


Asam pedas Kepala Ikan Merah

Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah (optional)
daun kesum/kari
bendi (boleh celur berasingan, jika mahu)
air asam jawa secukupnya  (asam jawa adabi)
garam dan serbuk perasa



Cara-caranya mudah aje;
STEP BY STEP

Bawang bawang, halia dan belacan di blend. Tumis bahan 
blend hingga wangi dan masukkan cili giling. pastikan 
lada ditumis garing..ye sampai merah pekat cantik warnanya. 
Bila pecah  minyak, masuk daun kesum dan bunga kantan. 
Masukkan air agak-agak. Masak hingga mendidih, masukkan 
ikan.dan asam jawa.  Renih atas dapur dan masuk kacang 
bendi. garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat 
dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.

Jika terlebih masam, masuk air.  tapi jangan sampai terlebih
 pulak. Kalau terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh 
dengan sedikit air. 
Credit to pic owner.


blend bawang besar, bawang putih, halia dan belacan

Tumis bersama daun kari

masukkan cili giling

masukkan bunga kantan dan digoreng garing

Masukkan air secukupnya

Masukkan ikan

masukkan kacang bendi

masukkan asam jawa, garam dan serbuk perasa

renihkan dan angkat untuk dihidangkan
Dah siap dah.....makan dengan nasi panas-panas SAYUR CAMPUR DENGAN 
SUUN, PECAL DAN AIR SIRAP LIMAU KASTURI....haa sedap tak..
.meleleh air liur. Taaadaaaa

1 ulasan:

  1. Terima kasih sudi share cara masak assam pedas nie. Teringin nak makan.. akan cuba resepi tersebut.
    For sharing tips menurunkan berat badan

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.