Isnin, 10 Jun 2013

BISKUT DAHLIA


 


BISKUT DAHLIA@SAMPERIT

Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)
300 g mentega
160 g gula aising (linapg gn gula castor)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
 
  1. Putar mentega dan gula aising/gula castor hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit . 
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tips:  guna api atas dan bawah supaya biskut masak sekata dan tahan lebih lama  

Selamat mencuba..ye

1 ulasan:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.