Rabu, 12 Jun 2013

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam kalangan Masyarakat

 


    Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan.  Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.



         Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan.  Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang  tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.  Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.
         
         Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.  Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.  Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

         Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak.  Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.  Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan  hari kemerdekaan negara.  Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.  Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.

          Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

          Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

46 ulasan:

  1. thanks for the great info509^^

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Well designed blog... THe texture is perfect

    BalasPadam
  4. Blog anda menyebabkan kelemahan maksima pada internet saya dan cahaya biru terang berkondusi violet menyebab kan cahaya UV terpancar ke mata saya dan mungkin saya akan memperolehi kesakitan mata yang maksima...Terima kasih utk karangan ini..Saya amat menghargainya...-Mr.Mysterious.

    BalasPadam
  5. Sebelum ni saya seorang yang gembira.. setelah melawati website ini.. saya mengalami kemurungan selama 69 hari... ianya kerana keserabotan website ini agak kuat..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. suran anak lelaki martopo10 Ogos 2015 pada 12:28 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. saya suka blog ni sebab bila sya tgk blog ni saya teringat arwah nenek saya..dia suka daun2 gugur mcm ni..hahahahah

    BalasPadam
  12. saya mempunyai cucu yang sangat merindui saya..dia selalu tidur dgn saya...saya suka daun gugur...terima kasih kerana menyatukan saya dan cucu saya..

    BalasPadam
  13. Terima kasih cikgu...halalkan ilmu yang saya share dari karangan ini.
    Semoga cikgu panjang umur dan murah reseki.

    Buat yang merindui arwah neneknya...takziah untuk mu dan nenekmu...semoga rohmu dan roh nenekmu dicucuri rahmat. Dahla buat pahala susah,,,senang awk dapat dosa sia-sia. Kalau cikgu dah terbaca komen awak dan berkecil hati,,,meranalah awak di akhirat nanti memohon kemaafan daripada cikgu. Kesian awak..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...Kami ingin meminta maaf kepada pihak blog...kami hanya bergurau...Kami hanya bergurau dan tidak berniat untuk melakukan dosa....Kami harap anda maafkan kami...Terima kasih atas nasihat tersebut...

    BalasPadam
  15. Karangan yang mantap tetapi tertanya tanya tentang penggunaan duri dalam daging

    BalasPadam
  16. Tq,contoh karangan yg mantap dan padat .terus terbuka idea dlm kepala��������

    BalasPadam
  17. Kerja sye siap sebab karangan ini...thanks...sangat membantu...

    BalasPadam
  18. Ni karangan berormat ke tidak berformat

    BalasPadam
  19. assalamualaikum,.mohon share ye cikgu,

    BalasPadam
  20. assalamualaikum.mohon untuk berkongsi dengan anak - anak pelajar karangan ini.terima kasih

    BalasPadam
  21. amat menyakitkan pndangan.....................terlalu semak...i hate this

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  22. Fuk kaw u bitch u suck, ur mom is a slut and ur dad is a gay

    BalasPadam
  23. .kiabret gany nagnaraK

    BalasPadam
  24. karangan beliau awak sangat bagus. saya dapat banyak isi isi penting. saya dapat perkataan baharu seperti bagai duri dalam daging dan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. terima kasih beliau untuk memberi saya banyak isi isi penting dan perkataan baharu. saya memberi markah 9/10

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.