Sabtu, 15 Jun 2013

LATIHAN PERIBAHASA - Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari 2013


SMK DATO' SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR.

NAMA :  ______________________  TINGKATAN:  _____________  TARIKH:  ________


LATIH TUBI PERIBAHASA.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom
Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telahdicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya
_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan
ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala

18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya meninggal dunia dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu

20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya menjawat
jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di kampung  .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak diundang ke majlis hari lahir rakan baiknya.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam
pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati

24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi
_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena

25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui
anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu
menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi sejak kecil kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika
mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong
bagai ____________________________________ .
A cincin dengan permata
B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing
D isi dengan kuku

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya
kerana dia yakin _________________________________ .
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung
B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu
D seperti murai tercabut ekor

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya_________________________________ kerana semua nasihatnya tidakmereka endahkan.
A bagai haruan makan anak
B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk

40 Hanna Nadia seperti _____________________________________ kerana
banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung
B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga
D murai tercabut ekor



                                                   Sila rujuk peribahasa dan maksudnya DI SINI

                                                                            Selamat Menjawab

13 ulasan:

  1. salam cikgu. mohon share bahan. terima kasih atas sumbangan cikgu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum cikgu.saya mohon izin utk guna bahan yg cikgu sediakan ya.

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN BERHARGA
    MOHON GUNA BAHAN INI...

    BalasPadam
  4. Mohon share semoga cikgu dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum cikgu, izinkan sy utk gunakan bahan yg disediakan cikgu utk latihan. Terima kasih

    BalasPadam
  6. Salam cikgu. Mohon izin guna bahan cikgu untuk PdPR dengan anak2 murid saya. Semoga dimurahkan rezeki cikgu. Aamiin

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas usaha ini. Halalkan utk sya dn pljar sya ya....smga murah rezeki cgu...

    BalasPadam
  8. terima kasih atas sumbangan cikgu. Saya mohon gunakan bahan ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Ada jawapan tak?boleh kongsikan?

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.