Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berpersatuan dalam kalangan belia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pelbagai
mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan negara. Belia memainkan peranan penting dalam
memastikan kemerdekaan terpelihara dan pembangunan negara menyumbang kepada
kesejahteraan rakyat. Antara kaedah bagaimana
belia dapat memastikan kelangsungan pembangunan negara berjalan rancak dan
meningkatkan makna kemerdekaan ialah menerusi kegiatan berpersatuan. Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan
belia dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.
Di
samping itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras
dengan usaha mewujudkan masyarakat prihatin.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan memberitahu hanya 2.5 juta
daripada belia negara ini yabg berdaftar
sebagai ahli dalam pelbagai persatuan belia.
Jumlah itu menunjukkan belia di negara ini tidak gemar menyertai
persatuan. Oleh itu, Kementerian Belia
dan Sukan akan sentiasa berusaha menggerakkan pelbagai program bagi memupuk
minat belia untuk berpersatuan.
Pihak
kerajaan juga tidak pernah meminggirkan
peranan yang dimainkan oleh pihak belia dalam pembangunan negara,
sebaliknya segala perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan, belia turut
diberi perhatian. Dalam mengimarahkan
lagi pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak
langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia dalam berpersatuan.
Dalam diri belia pula perlu ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai
sebahagian ibadat. Berpersatuan dapat
melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni.
Pemimpin
pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan keyakinan
apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan. Kesan daripada berpersatuan membawa kepada
pembentukan peribadi yang lebih berwibawa.
Malah berpersatuan dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai
kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang
aktif dalam persatuan mesti diiringi pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya, peranan belia sentiasa penting sama
ada ketika menuntut kemerdekaan atau dalam pembangunan negara pada masa kini. Sebenarnya, persatuan belia sejak dahulu memainkan peranan penting
dalam membantu pemimpin masyarakat menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan
daripada “Belia Tidak Aktif Rugikan Negara”,oleh Dr. Saipon, Berita Harian,
30
April 2011)
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut:
i)
Berikan
maksud rangkai kata “meminggirkan
peranan”, mengikut konteks dalam
petikan di atas. [2
markah]
ii)
Naytakan
usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia menyertai kegiatan
berpersatuan. [4
markah]
iii)
Pada
pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa dan
sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan? [4
markah]
Semak jawapan ringkasan di SINI.
Semak jawapan pemahaman di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.