Jumaat, 21 Jun 2013

Panduan Menjawab Ringkasan

 MAHIR RUMUSAN


a) Calon akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk diringkaskan. 

b) Petikan tersebut sekitar 220 hingga 300 patah perkataan.
Contoh: … tulis sebuah petikan tentang kepentingan permainan tradisional…

Calon perlu meringkas isi-isi yang berkaitan dengan kepentingan permainan tradisional sahaja.

c) Jadi, calon diminta menggaris kata kunci yang diberi dan fahami maksud kata kunci tersebut

d)
 Contoh kata kunci yang dikemukakan dalam soalan ringkasan termasuklah
 sebab-sebab/faktor-faktor/punca-punca
Ø
 kesan-kesan/ implikasi/impak
Ø
 kepentingan /kebaikan/faedah/kesan positif
Ø
 keburukan/ancaman/kelemahan/kesan negatif
Ø
 kekangan/masalah/halangan
Ø
 tugas/peranan/tanggungjawab/fungsi/sumbangan
Ø
 langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/kaedah/tindakan
Ø

e) Kemudian, calon diminta membaca petikan dengan teliti dan menggaris ayat-ayat yang merupakan isi-isi penting berdasarkan kehendak soalan.  Nomborkan setiap isi yang telah digaris.

f) Tidak semestinya setiap perenggan dalam petikan perlu diringkaskan kerana kadangkala isi-isi dalam perenggan tertentu tiada kaitan dengan aspek yang ditanya.

g) Calon tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang diulang atau membawa maksud yang sama dalam ringkasan.

h) Calon diminta menjawab dalam satu perenggan sahaja. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Ayat yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan diberi markah oleh pemeriksa.

i) Calon mesti mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi tetapi calon digalakkan mengemukakan enam isi asalkan panjang ringkasan tidak melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.

j) Calon dikehendaki mengemukakan satu isi dalam satu ayat sahaja dengan menggunakan ayat yang gramatis. (5/6 isi = 5/6 ayat).  Ayat-ayat yang dibina haruslah ringkas, tepat dan padat.

k) Calon perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan ayat dalam ringkasan.

l) Gunakan gaya bahasa sendiri , yakni menggantikan perkataan tertentu yang membawa maksud yang sama atau memendekkan ayat tanpa menjejaskan maksud asal petikan.
 
Contohnya, perkataan ‘punca’ boleh digantikan dengan ‘faktor’,’penyebab’ atau ‘penyumbang’.

m)  
AYAT SENDIRI -Ayat sendiri bermaksud ayat yang tidak disalin bulat-bulat daripada petikan dari mula hingga akhir. Maksudnya ialah tiada perubahan perkataan, pengguguran atau penggantian perkataan dibuat. Menggunakan ayat sendiri bukan bermaksud pelajar mesti  melakukan perubahan seperti pengguguran perkataan atau penggantian perkataan atau penukaran satu atau lebih perkataan dengan perkataan lain yang difikirkan sesuai. Sebenarnya dalam jawaban ringkasan pelajar tidak digalakkan menukarkan kata kunci jawaban kepada perkataan lain kerana hal ini mungkin akan mengubah maksud asal pertikan dan sudah tentu akan menyusahkan guru atau pemeriksa.
n)   Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan ayat ringkasan lagi para pelajar hanya perlu menambahkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai seperti berikut.

o) Calon tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri

p) Pastikan calon menyemak ringkasan bagi mengesan kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Penggunaan kata singkatan, iaitu ‘drp’, ‘yg’ , dan ‘pd’ dikira sebagai kesalahan tatabahasa.

q) Setelah selesai, kira jumlah patah perkataan dalam ringkasan dan catatkan di sudut kanan (di bawah baris akhir) ringkasan tersebut.




Perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan dalam ringkasan.

 Nama Khas [ Kementerian Kesihatan]
Ø
 Tarikh [ 11 November 2010]
Ø 
 Kata ganda [ bergotong-royong, alat-alat tulis]
Ø

Gantikan kata bilangan dengan penggandaan bagi menjimatkan jumlah perkataan. Contohnya, ‘para pelajar’ ( dua perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (satu perkataan).

 Angka yang ditulis dalam perkataan [ dua ratus lima puluh]
Ø
 Gelaran [jawatan [ Tun Datuk Profesor Dr. Wan Zahid]
Ø

Penanda wacana , kata majmuk yang dieja berasingan dan kata sendi masih dikira sebagai dua perkataan. Contohnya, ‘Selain itu’, ‘Seperkara lagi’, ‘Tambahan pula’,‘jalan raya’, ‘surat khabar’,dan ‘di sekolah’.

Rangka Ringkasan

      Antara ___( kata kunci soalan) _______iaitu/termasuklah___ ________________(isi1)_______. Selain itu,_____________(isi2)____________. Seterusnya,______________ (isi3)_____________.
 
Seperkara lagi, __________(isi 4)___________________. Akhir sekali,_____(isi 5) ____________. 
                                                                                                                           (___ patah perkataan)
Pemarkahan
a) Isi : 10 markah
Calon diminta menyertakan sekurang-kurangnya lima isi dan menghasilkan ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan.

Jumlah Isi Markah
5 isi 9-10
4 isi 7-8
3 isi 5-6
2 isi 3-4
1 isi 1-2

• Markah isi akan ditolak jika calon mencantumkan dua isi dalam satu ayat.
• Isi yang tidak lengkap juga akan ditolak markah.
 

Markah tidak akan diberi untuk isi yang dikemukakan dalam bentuk ayat tergantung iaitu ayat yang tanpa subjek. Contoh:
 
Selain itu, meningkatkan taraf hidup masyarakat.

b) Bahasa : 10 markah
Bahasa dinilai secara impression.
* Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. Jadi, markah bahasa tidak akan melebihi markah isi.

- Bagi aspek bahasa pula, pemberian markah adalah berdasarkan:
 kelancaran idea
§
 ejaan yang betul
§
 struktur ayat yang gramatis
§
 kosa kata yang luas
§
 penggunaan tanda baca yang tepat
§


Penilaian Markah Bahasa dalam Ringkasan

Peringkat Markah


Cemerlang 9-10

 Bahasa yang amat baik dan cukup lancar
§
 Ayat yang dibina ialah ayat yang menggunakan:
§
- kata yang tepat
- struktur ayat yang gramatis
- imbuhan yang betul
- penanda wacana yang sesuai
 - Ejaan dan tanda baca yang betul
§

Baik 6-8
 
 Bahasa masih baik dan gramatis
§
 Ayat yang dibina ialah ayat yang menggunakan:
§
- kata yang terhad
- truktur yang gramatis
- penanda wacana yang sesuai
 Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
§

Memuaskan 3-5
 
 Bahasa kurang lancar
§
 Ayat, ejaan, dan tanda baca mempunyai kesalahan yang ketara.
§


Penguasaan Minimun 1-2
 
Penguasaan bahasa yang lemah
§
Ayatnya disalin terus daripada perenggan§



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.