Ahad, 23 Jun 2013

Pengat Keladi

Pemanis mulut yang sangat senang disediakan tapi rasanya wallaaaa....sedap.  Kalau bulan puasa memang sesuai sangat...!!!

PENGAT KELADI
Bahan2
  • Ubi keladi (  saiz sederhana.)
  • Santan secukupnya ( anggaran dlm 2-3 cawan)
  • Gula -ikut kadar manis yang digemari
  • 2 sudu besar sagu
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam

Cara2
  1. Keladi kupas kulit dan potong ikut kreativiti masing2. Basuh bersih-bersih dan rebus hingga empuk
  2. Keladi dah empuk, buang air rebusan dan masukkan santan, gula garam dan daun pandan
  3. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau lembut supaya tak pecah santan.
  4. Sagu basuh dan rendam seketika.
  5. Bila santan hampir mendidih masukkan sagu..kacau
  6. Masak hingga sagu dah takde nampak putih...kat tengah tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.