Khamis, 6 Jun 2013

Skema Jawapan Latihan Ringkasan 1 - Faedah-faedah berpersatuan dalam kalangan belia.



SKEMA JAWAPAN RINGKASAN.

Senarai isi penting- faedah berpersatuan
1.       Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan sukarela dan
         kebajikan.
2.        kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras dengan
         usaha mewujudkan masyarakat prihatin
3.        Berpersatuan dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana yang 
          harmoni.
4.       Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan
          keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan.
5.        membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih berwibawa. 
6.       dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri.

Isi ringkasan mesti sekurang-kurangnya 5 = 10 markah




Contoh jawapan ringkasan:

                                   Antara faedah berpersatuan dalam kalangan belia ialah berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.  Selain itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras dengan langkah mewujudkan masyarakat prihatin.  Seterusnya, berpersatuan dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni manakala pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan.  Berpesatuan juga membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih berwibawa.  Akhirnya, dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri.
                                                                                                                            (78   patah perkataan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.