Jumaat, 12 Julai 2013

NOVEL ISTANA MENANTI - NOTA TEMA & PERSOALAN


ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1
ISTANA MENANTI 
Karya Abdul Latip bin Talib

TEMA

Konsep Tema
-  Tema ialah idea utama atau persoalan pokok yang disampaikan oleh pengarang dalam novelnya.

TEMA NOVEL ISTANA MENANTI
Semangat patriotik/cinta akan tnah air  sekumpulan remaja yang sangat peka  dan ingin mengetahi  sejarah tanah air.
Contoh:
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang memiliki semangat patriotik kerana sangat berminat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah Istana Menanti.   Dengan bantuan Tuk Ngah mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar dan mendaki ke puncak Gunung Datuk untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti yang dikatakan penuh misteri itu.

PERSOALAN-PERSOALAN
Konsep Persoalan
-     Persoalan ialah idea atau isu-isu sampingan selain tema.
-     Persoalan berkait rapat dengan tema dan merupakan 
      persoalan sampingan kepada tema.
       
PERSOALAN PENTING DALAM NOVEL ISTANA MENANTI

1.       Persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan   
Contohnya:
Meskipun terperangkap di dalam bilik raja, tetapi  demi persahabatan dan semangat setiakawan yang kukuh, Fadhil dan Ramasamy sanggup turun ke dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari Ah Seng yang tidak pulang kerana ditangkap oleh bekas pengganas komunis.

2.       Persoalan semangat bekerjasama dan bantu-membantu untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya;
Penduduk kampung telah bekerjasama dan membantu pihak polis dalam gerakan untuk menangkap penjahat yang menculik Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng serta mencuri harta karun yang terdapat dalam terowong di Istana Menanti.

3.       Persoalan kasih sayang terhadap ahli  keluarga
Contohnya;
Encik  Karim, Encik Leong dan Encik Shanti sangat sayang akan anak-anak mereka dan berasa risau apabila anak mereka Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy tidak pulang ke rumah.  Mereka telah membuat laporan polis supaya anak mereka dapat diselamatkan.

4.       Persoalan kesedaran dan minat golongan remaja terhadap sejarah tanah air.
Contohnya;
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga  emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara.  Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy sangat berminat akan  sejarah tanah air setelah mendengar cerita daripada Tuk Ngah, lalu mereka bertiga mengambil keputusan untuk mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.  Mereka juga mahu mendesak pihak berkuasa untuk memulhara istana lama itu.

5.       Persoalan keberanian golongan remaja dalam menempuh cabaran.
Contohnya;
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy  berani  meredah hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu.

6. Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.
Contohnya:
Masyarakat di Kampung Ulu Seperi dan Rembau terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu. Masyarakat kampung bekerjasama membantu Encik  Karim, Encik Leong dan Encik Shanti Khususnya ketika mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk.

7.   Persoalan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik.
Contohnya:
Masyarakat Melayu di kampung Ulu Saperi mempercayai bahawa Istana Menanti berpuaka dan dihuni oleh makhluk bunian.

8.     Persoalan Keunikan dankeistimewaan bangunan lama.
Contohnya:
Istana Menanti merupakan bangunan lamayang dianggarkan berusia 500 tahun namun bangunan tersebut masih kukuh dan reka bentuk dan ukiran istana tersebut sangat unik dan menarik.

Cikgu Chom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.