Teliti penggunaan kata majmuk dan rangkai kata setara dalam ayat berikut.
Tandakan ( / ) jika penggunaannya betul dan tandakan ( X ) jika penggunaannya salah.
1. Semua pejabat-pejabat pos seluruh negara menawarkan pembayaran bil setempat tanpa apa-apa bayaran tambahan. [ ]
2, Cuti Hari Sabtu minggu ketiga diberikan kepada semua kakitangan kerajaan sebagai tambahan kepada cuti Hari Sabtu minggu pertama. [ ]
3. Beberapa buah kereta-kereta kebal tentera Amerika telah dimusnahkan oleh tentera Iraq semasa Perang Teluk. [ ]
4. Ibu-ibu bapa diseru agar memberi perhatian terhadap kegiatan anak-anak mereka semasa cuti sekolah. [ ]
5. Semua maklumat tentang syarikat itu akan dikemaskini untuk memudahkan pengurusannya. [ ]
6. Dia menyusun atur perabot di dalam rumahnya berpandukan majalah Anjung Seri yang dilanggannya setiap bulan. [ ]
7. Tulisannya yang seperti cakar ayam itu sukar dibaca dan dapat menjejaskan markahnya dalam peperiksaan. [ ]
8. Bangunan itu direka bentuk oleh seorang arkitek terkenal yang mendapat pendidikan di luar negara. [ ]
9. Karangan yang mencampuraduk isi antara yang sesuai dengan yang tidak sesuai akan mendapat markah yang rendah. [ ]
10. Majlis itu berjalan lancar mengikut aturcara yang telah ditetapkan. [ ]
11. Setiap pagi dia menerima duit kopi daripada ayahnya sebagai perbelanjaan hariannya di sekolah. [ ]
12. Semua pinggan-pinggan dan mangkuk itu dipinjamkan kepada Pak Mail yang akan mengadkan kenduri perkahwinan anak perempuannya. [ ]
13. Semua buku-buku kerja itu diedarkan oleh pengedar yang telah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri. [ ]
14. Setiap anggota masyarakat mesti hidup bersatu-padu untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni. [ ]
15. Semua guru matapelajaran Bahasa Melayu telah mengikuti kursus Pemantapan Tatabahasa anjuran Pejabat Pelajaran Daerah. [ ]
SELAMAT MENCUBA!!!
Cikgu Chom
Cikgu Chom
bolehkah encik memberi jawapan kepada say
BalasPadamterima kasih cikgu. saya mohon untuk kongsi bersama murid.
BalasPadamAmogus������������������������������������
BalasPadam