Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam gemilang !!
Khususnya kepada semua pelajar tingkatan 5 SMK Dato' Syed Esa yang budiman dan semua calon SPM di seluruh negara amnya.
Bagi pelajar Islam, tentu masih lagi dalam suasana berhari raya. Cikgu percaya semua pelajar tingkatan 5 tidak lupa membuat persediaan peperiksaan percubaan SPM yang kian hampir dalam keseronokan berhari raya ye.
Kali ini cikgu kongsikan tips..menjawab soalan komsas dengan teknik yang tepat berdasarkan analisis kesilapan yang sering dibuat oleh calon semasa menjawab. Cikgu juga sertakan analisis soalan novel 2001 - Jun 2013 untuk rujukan pelajar-pelajar seabagai persediaan dan memudahkan pelajar untuk menentukan tajuk-tajuk yang perlu ditekankan semasa mengulang kaji terutama bagi menghadapi SPM pada hujung tahun nanti.
Panduan menjawab soalan komsas novel.
1. Sebutkan nama novel dan yang telah anda kaji pada permulaan jawapan anda.
2. Pastikan pernyataan isi dipisahkan dengan contoh huraiannya.
- supaya jelas yang mana isi dan yang mana huraian.
Contoh menulis jawapan nilai kemanusiaan
Antara nilai kemanusiaannya ialah nilai keberanian. Contohnya, Fuad berani kembali ke Danau Seberang dan berhadapan dengan Mak Salmah dan Pak Ismail.
Pernyataan isi tepat = 1m
Huraian tepat = 1m
3. Pastikan pernyataan isi betul dan tepat
** pernyataan isi sangat penting kerana jika pernyataan isi salah, huraiannya betul dan tepat markahnya =0m
a) Pernyataan isi tidak boleh disertakan dengan nama watak, nama tempat dan sebagainya.
Contoh:
aspek nilai kemanusiaan
nilai keberanian Fuad/nilai keberanian Fuad ke Danau Seberang (x)
nilai keberanian (betul)
aspek persoalan
persoalan kasih sayang Fuad kepada keluarga (x)
persoalan kasih sayang kepada ahli keluarga (betul)
b) frasa pernyataan isi komsas mesti betul
(sangat dititikberatkan dalam skema pemarkahan spm)
- aspek nilai murni/kemanusiaan - dua perkataan sahaja
Contoh:
nilai kasih sayang (betul) nilai penyayang (salah)
*penyayang ialah perwatakan
nilai tolong-menolong (betul) nilai suka menolong (salah)
nilai keberanian (betul) nilai berani (salah)
*berani ialah perwatakan
nilai ketaatan (betul) nilai ketaatan kepada agama(salah)
**kebanyakan calon keliru dengan pernyataan isi nilai dan perwatakan. INGAT: PERNYATAAN ISI SALAH = 0 MARKAH
Pernyataan isi yang betul (dua perkataan sahaja)
i) aspek nilai murni/nilai kemanusiaan
...........nilai keberanian. Contohnya...
ii) aspek pengajaran
kita hendaklah ...............supaya.........
Kita janganlah ............... supaya .......
iii) aspek persoalan (boleh dipanjangkan)
.....persoalan kasih sayang seorang anak kepada keluarganya. Contohnya.......
iv) perwatakan
......seorang yang berani menempuh cabaran. Contohnya
v) Latar masyarakat
......masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya
vi) Latar tempat
.....di Lapangan Terbang KLIA. Contoh peristiwa yang berlaku di sini ialah keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Robert Lim turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka
vii) Latar masa
....pada waktu pagi. Contohnya, pada waktu inilah Fuad sampai di SMK Seri Setia iaitu jam 7.15 pagi untuk melapor diri sebagai guru sandaran.
4. Berikan huraian yang tepat iaitu -( memulakan dengan nama watak + kata kunci pernyataan isi + huraian peristiwa)
Contoh: aspek nilai kemanusiaan
isi - nilai keberanian
kata - kunci ialah berani
watak - Fuad
peristiwa - Fuad berani kembali ke Danau Seberang dan berhadapan dengan Mak Salmah dan Pak Ismail.
contoh jawapan:
nilai keberanian. Contohnya Fuad berani kembali ke Danau Seberang
dan berhadapan dengan Mak Salmah dan Pak Ismail.
Selamat menempuh peperiksaan.
ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2013
TAHUN
|
SPMU(JUL)
|
SPM(NOV)
|
||
(a)
– 7 m
|
(b)
– 8 m
|
(a)
– 7m (BHS = 3M)
|
(b)
– 8 m (BHS = 2M)
|
|
2001
|
-
|
-
|
Kewajaran pengarang
mengakhiri cerita
|
Empat
persoalan
|
2002
|
Sinopsis
novel
|
Empat
nilai murni
|
Tema
|
Latar
masyarakat
|
2003
|
Klimaks
& peristiwa yang membawa kpd. kesudahan cerita
|
Empat
latar tempat
|
Buktikan
persoalan kegigihan
|
Perwatakan
watak utama
|
2004
|
Cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh watak utama
|
Empat
pengajaran
|
Tiga
nilai kasih sayang
|
Cara
watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi
|
2005
|
Perwatakan
satu watak sampingan
|
Tiga
peristiwa yang dapat anda teladani
|
Dua
peristiwa yang paling menarik
|
Bandingkan
satu latar tempat dalam dua novel
|
2006
|
Pertentangan
antara watak
|
Dua
nilai kemasyarakatan dalam dua novel
|
Pengajaran
|
Satu
persoalan dalam dua novel
|
2007
|
Dua
nilai setia kawan
|
Perbandingan
tema
|
Dua
peristiwa tentang persoalan maruah
|
Cara
watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi dalam dua novel
|
2008
|
Pemilihan
tajuk dikaitkan dengan isi kandungan novel
|
Tiga
pengajaran dalam dua novel
|
Dua
sebab bahagian permulaan novel menarik minat pembaca
|
Perbandingan
(persamaan & perbezaaan) latar masyarakat dalam dua novel
|
2009
|
Dua
peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap pembaca
|
Satu
latar masa dalam dua novel
|
Dua
contoh yang membuktikan ketabahan watak utama
|
Satu
contoh nilai kasih sayang dalam dua novel
|
2010
|
Dua
peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyakarat
|
Satu
latar masyarakat dalam dua novel
|
Sebab-sebab novel boleh
menimbulkan kesedaran kepada pembaca
|
Satu
peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel
|
2011
|
Kandungan
novel (Sinopsis)
|
Dua
Pengajaran
(1
Novel)
|
Perwatakan
watak utama
|
Dua
persoalan
(1
novel)
|
2012
|
Tema
|
3
pengajaran
|
Dua
latar masa
|
Tiga
nilai kemanusiaan
(1
novel)
|
2013
|
Dua
Latar
Tempat
|
Pertentangan
pendapat antara watak utama dengan 1 watak lain (2 novel)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.