1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka
SAJAK KECEK – V karya Awang Abdullah
SAJAK
|
MAKSUD
|
1
seseorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah
|
seseorang yang berjawatan pengarah
telah membuka akaun
di sebuah bank yang terkenal
secara diam-diam
dia telah mengambil harta orang lain yang bersusah payah menyimpannya
untuk dimasukkan ke dalam akaunnya
dan perbuatan ini telah lama dilakukannya
|
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi
|
di sebuah kampung
seorang petani
yang hidup dalam keadaan miskin
dan naif
tetap menyara kehidupan 12 orang anak walaupun dikelilingi keperitan hidup
tetapi dia tidak pernah mengambil
hak orang lain
untuk membolehkannya keluar dari belenggu kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang telah begitu lama dihadapinya
|
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut terganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya
|
di pantai
seorang nelayan
hidup dalam penuh kesengsaraan
untuk mencari rezeki di lautan
dan membesarkan anak-anaknya yang ramai atas rezeki yang sedikit dan serba kekurangan
tetapi dia tidak pernah mengambil
kekayaan dan titik peluh orang lain
walaupun kehidupannya semakin lama semakin susah dan terhimpit.
|
4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan
|
Tuhan tidak pernah mungkir janji
mencatatkan setiap kesalahan
walaupun kesalahan yang paling kecil
mereka pasti akan menerima pembalasan setimpal
di muka pengadilan pada hari pembalasan kelak
|
ANALISIS SAJAK KECEK - V
Aspek Komsas
|
Pernyataan
|
Huraian
|
Tema
|
Sikap amanah
|
Dalam mencari rezeki
kita perlu amanah kerana wang yang
diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati
seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan
rendah.
|
Persoalan
|
1. Kepentingan bersikap amanah
|
Amanah penting dalam mencari rezeki kerana wang yang diperoleh akan digunakan untuk menyara keluarga
|
2. Sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi
|
Golongan berjawatan tinggi sering kali melakukan pecah amanah kerana ingin hidup mewah
| |
3. Tanggungjawab menyara keluarga walaupun menghadapi keperita hidup
|
Golongan miskin seperti nelayan dan petani tidak memikirkan kekayaan asalkan dapat menyara kehidupan keluarga dengan titik peluh sendiri dengan wang yang halal
| |
4. Setiap perbuatan manusia akan dihitung dan diberi pembalasan
|
Perbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik sementara perbuatan yang jahat pasti akan menerima pembalasan yang setimpal
| |
5. Golongan miskin terus dibelengu kemiskinan dan hidup susah
5.Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh
Allah
|
Golongan yang miskin terpaksa mengharungi kehidupan yang susah dan perit dalam menyara diri dan keluarga seolah-olah tiada pembelaan daripada pihak tertentu
Tuhan tidak pernah mungkir janji
mencatatkan setiap kesalahan
walaupun kesalahan yang paling kecil mereka pasti akan menerima pembalasan setimpal
di muka pengadilan pada hari pembalasan kelak
| |
Nilai
|
1. Amanah
|
Apabila menjalankan tugas, lakukanlah dengan amanah dan penuh tanggungjawab
|
2. Bertanggungjawab
|
Bertanggungjawab mencari rezeki yang halal walaupun bergantung pada nasib
| |
3. Kegigihan
|
Gigih berusaha walaupun mengalami kesusahan
| |
4. Simpati
|
Bersimpati terhadap nasib golongan yang kurang berada
| |
5. Rasional
|
Berfikir semasak-masak tentang akibat yang akan diterima sebelum membuat keputusan
| |
Pengajaran
|
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas
|
Walaupun berjawatan tinggi, sikap amanah penting semasa menjalankan tugas kerana ia akan memberi kesan kepada diri
|
2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab menceri rezeki yang halal
|
Walaupun hidup dalam kesusahan seorang bapa perlu mencari rezeki yang halal supaya menimbulkan keberkatan dalam hidup
| |
3. Jangan kita mencari kekayaan dengan cara merampas hak orang lain
|
Walaupun ingin hidup mewah, seseorang tidak boleh mengambil hak orang lain kerana perbuatan tersebut akan menyusahkan orang ramai
| |
Gaya bahasa
|
1. Diksi mudah difahami
|
Contoh : seorang nelayan
|
2. Metafora
|
Contoh : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidup, rumah keadilan
| |
3. Perlambangan
|
Contoh : akaun, musim berlumut
| |
4. Aliterasi
|
Contoh : dan mengunci sedozen anak-anaknya
| |
5. Asonansi
|
Contoh : di dalam pagar sengsara
| |
6. Perulangan perkataan ’di’
|
Contoh : di sebuah, di pantai
|
Hi cikgu chom. Saya telah mengikuti Blog cikgu sejak bulan lepas.Saya Yuganeswarman dari SMK RAJA JUMAAT , Port dickson , Negeri Sembilan. Saya ingin bertanya satu soolan. Istilah ia digunakan bagi manusia sahaja ke atau kepada semua makhluk yang hidup mahupun yang bukan hidup ? terima kasih
BalasPadam