DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Oleh: Suriani Mohd Yusof
NOTA RUJUKAN 1
Sinopsis
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepad ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya cebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.
Aspek komsas dalam dalam drama Tiang Cengal Dinding Sayung
ASPEK
KOMSAS |
PERNYATAAN
ISI |
CONTOH/HURAIAN
PERISTIWA |
Pemikiran
|
Kesetiaan dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap keluarga (suami/bapa)
|
Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah
|
Persoalan
|
Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi
|
Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai
|
Persoalan sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga
|
Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak angkat Jimah
| |
Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang
|
Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut selepas kejadian tsunami
| |
Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat
|
Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya
| |
Persoalan sikap sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup
|
Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat tsunami
| |
Persoalan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
|
Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah
| |
Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain
|
Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka
| |
Terdapat nyawa penduduk melayang dan mayat hanyut di laut termasuklah Pak Ali, kawan kepada Pak Jumaat
| ||
Hubungan Mak Jah dan Pak Man dengan keluarga Pak Jumaat amat rapat sehingga Pak Man dan Mak Jah mengenali hati budi anak-anak Pak Jumaat
| ||
NIlai
|
Kasih sayang
|
Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap menunggu kepulangan suaminya di pantai
|
Kesetiaan
|
Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin suaminya masih hidup
| |
Hormat-menghormati
|
Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan dipandang serong oleh kakanya itu
| |
Nasihat-menasihati
|
Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang merupakan anak angkat ibunya
| |
Tanggungjawab
|
Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia hanya anak angkat
| |
Simpati
|
Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak Jumaat yang hilang akibat tsunami
| |
Kesabaran
| ||
Berdikari
| ||
Pengajaran
|
Kita hendaklah bersama-sama mengharungi kesusahan hidup agar masalah dapat diselesaikan
|
Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri
|
Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita
|
Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di kampung
| |
Kita hendaklah menyesal atas kesalahan yang telah kita lakukan supaya kehidupan menjadi tenang
|
Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan melukakan hati ibunya
| |
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin seperti memberikan pendidikan kepada anak-anak
|
Pak Jumaat dan Mak Jimah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi
| |
Jangan kita mementingkan diri dan kerjaya sehingga melukakan hati ibu bapa kita
| ||
Jangan kita memandang hina kepada orang-orang yang kurang normal kerana mereka mempunyai hati yang bersih
|
(Sumber : Bahagian Perkembangan Kurikulum)
NOTA RUJUKAN 11
Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
(Suriani Mohd Yusof)
Sinopsis
Mak Jimah isteri Pak Jumaat sangat sedih apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Mak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar menghadapi takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man, seorang jiran yang menganggap mereka tidak memahami Mak Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dengan Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi Mak Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Mak Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Mak Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama pada masa dia dan isterinya kesunyian.
Pemikiran
Kepincangan sikap anak-anak yang tidak sabar dan mementingkan diri sendiri dalam menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Persoalan
i. Kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
ii. Sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
iii. Perasaan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
iv. Sikap jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
v. Sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
vi. Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
Watak dan perwatakan
Watak utama
Jimah
· Setia, penyayang dan bertanggungjawab.
Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
· Penyabar.
Jimah sentiasa berdoa kepada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.
Watak sampingan
i. Sani
· Bertanggungjawab dan penyabar.
Dia sangat mengambil berat akan emak angkatnya terutama ketika bapanya hilang di laut.
ii. Sabri
· Penyabar.
Mahu semua adik beradiknya menenteramkan emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.
iii. Sabariah
· Pemarah
Dia menyalahkan bapanya kerana masih pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
iv. Shahrul
· Mementingkan kerjaya
Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun nasib yang menimpa bapanya belum dapat dipastikan.
vi. Pak Man
· Prihatin
Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih kerana kehilangan suaminya.
Latar masyarakat
· Masyarakat yang enggan menyusahkan orang lain/ anak-anak
Contohnya, Jimah dan Jumaat tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dengan tetap mencari rezeki pada usia emas.
· Masyarakat yang prihatin dalam memberikan bantuan
Contohnya, Pak Man datang menziarahi dan memberikan sokongan moral kepada keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
· Masyarakat yang berpendidikan tinggi
Contohnya, anak-anak Jimah berjaya dengan kerjaya masing-masing; Sani sebagai doktor manakala Shahrul pula sebagai akauntan.
· Masyarakat yang mementingkan kerjaya
Contohnya, Shahrul mahu cepat kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja walaupun khabar berita ayahnya masih belum diketahui.
· Masyarakat yang sangat menghormati ibu bapa
Contohnya, Sani dan isterinya, Wan Malini sangat menghormati dan menyayangi Jimah dan Jumaat.
Nilai murni
i. Kasih sayang.
ii. Kesetiaan.
iii.Hormat-menghormati.
iv.Nasihat-menasihati.
v. Bertanggungjawab.
Pengajaran
i. Ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan memberi pendidikan kepada anak-anaknya.
Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jimah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
ii. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita.
Contohnya, Sani menyayangi Pak Jumaat dan Mak Jimah sepenuh hati walaupun dia hanya anak angkat.
iii. Kita perlu menyesal dan insaf akan kelemahan diri sendiri.
Contohnya, Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
iv. Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki.
Contohnya, Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
v. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.
Contohnya, anak-anak Mak Jimah tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri dan mengguris perasaan ibu.
NOTA RUJUKAN III
Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
(Suriani Mohd Yusof)
Sinopsis
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anaknya iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan Shahrul meminta tolong Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti sudah tamat.
Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) kerana terus ke laut untuk menangkap ikan. Namun anak-anaknya sering mengirimkan wang bulanan supaya tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jirannya kerana tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan berpakaian seksi dimarahi oleh Sabariah supaya menukar sebelum bertemu ibunya.
Sikap mereka ditegur juga oleh Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah memulangkan kembali wang yang dikirim oleh anak-anaknya. Namun Sabariah memarahi ibunya kerana masih mengharapkan bapanya akan selamat. Dalam kekecohan, Wahid dan Senin mengambil kesempatan mencuri barangan mangsa tsunami. Pak Jumaat akhirnya dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja untuk menemani ibunya ke balai. Atas tolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.
Anak-anak Jimah yang lain memohon maaf kepada Sani. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu dan bersyukur mempunyai Man Bnegap walaupun hanya cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika sunyi dan berduka. Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap bapanya serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.
Persoalan
-Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
-Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
-Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
-Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
-Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaaan dan cabaran hidup.
-Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas -- kesusahan orang lain.
Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan Plot
Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan/Eksposisi
Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas
nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.
Perkembangan
Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan sempurna.
Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke Kuala Lumpur walaupun bapanya masih hilang.
Konflik
Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah agar menerima kenyataan bahawanya bapanya telah meninggal.
Sabariah yang tidak berpuas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun wang sudah dikirmkan
Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah dan Sani dan dia menggangap mereka sebagai anak-anaknya juga.
Sabariah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat
Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabariah yang hanya mementingkan
kerjaya dan diri sendiri.
Klimaks
Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di bank dan meminta anakanaknya pulang ke tempat masing-masing walaupun Jumaat belum ditemui
Peleraian
jumaat ditemui terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi
banyak kesedaran kepada anak-anaknya bagi memohon maaf. Jimah meminta anakanaknya meminta maaf kepada Sani dan Pak Man bersyukur dengan situasi yang
ceria dan bersyukur mempunyai cucu macam Man Bengap.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Dia budak lurus. Putih, putihlah yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung..(ms 439)
2. Suspens
Man: orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.
3. Kejutan
Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare mau? (ms434)
Watak & Perwatakan
Watak Utama
Jimah
Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
Seorang yang setia, peyayang dan bertanggungjawab.
Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya itu
Sabar dengan dugan dengan berdoa.
Jimahsentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejakkejadian suaminya hilang di laut.
Watak Sampingan
Sani
Anak angkat Jimah-seorang doktor dan telah beristeri
Seorang yang bertanggungjawab dan sabar.
Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang.
Sabri
anak sulung Jimah
penyabar.
Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui
Sabariah
Graduan ekonomi bekerja di London
Panas baran, anak kedua dan menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulana dikirim setiap bulan
Tidak sukakan Sani.
Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan
berdolak dalik tentang soal kematian.
Dia juga mengingatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.
Shahrul
Anak ketiga
Seorang akauntan di Kuala Lumpur
Mementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis.
Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.
Salmah
Seorang pereka fesyen
Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirt
Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampong atas urusan pekerjaan.
Wan Malini
Isteri Sani
Banyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.
Man Bengap
Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong menyebabkan Pak Man ketawa.
Pak Man
Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah.
Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah.
Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarganya.
Mak Jah
Isteri Pak Man
Seorang yang peyayang, mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih.
Wahid dan Senin
Penjahat yang mengambil kesempatan denganberpura-pura ditugaskan membanci kerugian namun sebaliknya mencuri.
Mencuri harta mangsa tsunami dan berniat untuk mencuri di rumah Jumaat.
Latar
Latar masa
Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
Senja di rumah mak Jimah
Latar tempat
Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah
Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya
Latar masyarakat
Masyarakat peyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan
Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia tua.
Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan misalnya Pak Man yang
datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
Masyarakat yang berpendidikan seperti anak-anak Jimah yang berjaya dalam
kerjaya.
Masyarakat yang mementingkan kerjaya seperti anak-anak Jimah
Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.
Gaya Bahasa
Diksi
Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey. HQ)
Falsafah
Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
air matanya itu macam air mengalir
Metafora
Ombak susu, gigi ombak
Repetisi
Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah
Nilai
Nilai kasih sayang kepada suami.
Jimah menangisi kehilangan suaminya
Nilai kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya
misalnya Jimah yang setia menunggu suaminya yang hilang
Nilai hormat-menghormati orang lebih tua.
Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dimarahi
Nilai nasihat-menasihati.
Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak
angkat emaknya.
Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa.
Misalnya Sani dan isterinya menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari
Pengajaran
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
Kita hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja
Kita perlu menyesal dengan kesalahan yang telah kita lakukan seperti anak-anak Jimah yang memohon maaf atas perbuatan yang dilakukan
Kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
Mudah difahami dgn pengisiannya yang ringkas dan menarik...tq cikgu =D
BalasPadamhamburnya..sinopsis ulang ulang saja
BalasPadamapa kaitan ini dengan ibu dan ceper??boleh keliru
BalasPadam