SET 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.
“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.
Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga.
Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.
(Dipetik daripada ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
I) i) Berikan dua sikap bapa menurut pandangan ibu. (2 markah)
- tidak sedar diri
- tidak bertanggungjawab
II) ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
banjir. (3 markah)
- mengadakan kempen cintai sungai
- mendalamkan sungai supaya air sungai tidak melimpah
- mendenda orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai
membina penebat banjir
- membersihkan sungai daripada sampah sarap
- mengesyorkan pendidikan alam sekitar di sekolah
III) iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.
(4 markah)
Persoalan daripada petikan
- sikap tidak bertanggungjawab dalam keluarga - bapa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana asyik berdenak ketitir
- kesan bencana alam - masalah banjir memusnahkan tanaman padi hingga menyusahkan penduduk kampung
(2 markah)
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- masalah pencemaran alam sekitar - sampah sarap dibuang ke dalam
sungai
- kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar –
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam
sampah ke dalam sungai.
- kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam - kasih sayang aku
kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
kampungnya.
- masalah kemiskinan penduduk kampung - penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada air sungai untuk kegunaan harian.
- semangat kejiranan-bergotong royong ketika majlis kenduri
- peranan anak terhadap ibu bapa- anak menjaga ibu bapa yang sakit
(2 markah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.