Soalan
2(c)- Petikan Prosa Klasik
Baca
petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar
suara itu lanun-lanun itu mulai gementar.Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung. “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita
sendiri dan kepada diri kita sendiri!”
bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun
Tuanku, patik tidak tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,”
sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta
tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya.
Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk
melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun
Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar
Mengkalih, biarlah patik isikan geliung
ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa tidak bersabar lalgi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan
sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial
kepada
patik? Sebenarnya dagang yang hina
inilah menjadi tawanannya.Dia seorang pahlawan yang handal.”
Pelayaran Yang
Penuh Peristiwa
Antologi Harga
Remaja,
Dewan Bahasa dan
Pustaka 2009
i. Berikan maksud berhutang rial.
berhutang rial
bermaksud
-
meminjam wang/duit
[
2 markah ]
ii.
Mengapakah Awang Sulung tidak
memberitahu lanun-lanun itu tentang perlayarannya?
P1 Awang Sulung sedang menemani
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk balik
ke negerinya.
P2 Awang Sulung ada berhutang
sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas
sejangka tiga dengan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa
P3 Awang Sulung berhutang untuk
melangsaikan hutangnya dengan Datuk
Batin Alam
[
3 markah ]
iii.
Sekiranya anda Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa, apakah yang akan anda lakukan setelah mengetahui Awang Sulung ialah
penghulu kepada lanun-lanun yang menyerang geliung panjangnya?
P1 Meminta Awang Sulung terus
mengemudi/menemami saya hingga sampai ke
negeri saya
P2 Meminta Awang Sulung mengarahkan
lanun-lanun tersebut tidak
mengganggu perjalanan saya pada
bila-bila masa
P3 Melantik Awang Sulung sebagai
ketua kemudi kapal saya
P4Meminta Awang Sulung mengarahkan
lanun-lanun mengiringi/melindungi
perlayaran saya hingga sampai ke
negeri saya.
P5Mengadakan perjajian kerjasama dengan lanun-lanun untuk menjaga
perairan negeri saya.
P6 Mengadakan perjanjian kerjasama
dengan lanun-lanun untuk melindungi
semuakapal-kapal yang berurusan dengan negeri saya.
[ 3 markah ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.