SMK DATO' SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR
CONTOH JAWAPAN KARANGAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2014
BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
BAHAGIAN B
Soalan 1
Beri pendapat anda tentang kebaikan budaya
membaca.
Memang tidak dapat dinafikan, budaya membaca merupakan suatu amalan mulia yang perlu dipraktikkan oleh semua orang. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh dibaca seperti buku, majalah, surat khabar dan sebagainya. Budaya membaca banyak kebaikannya. Justeru budaya membaca perlu dipupuk sejak kecil supaya menjadi amalan apabila dewasa kelak , bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Persoalannya , apakah kebaikan-kebaikan budaya membaca ini?
Sebenarnya,
amalan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan, sesuai dengan cogan kata
Membaca Jambatan Ilmu. Pelbagai
bidang ilmu pengetahuan dapat diperoleh
melalui membaca seperti bidang keagamaan,
kesusasteraan, kebudayaan, sosial, hiburan, pelajaran dan sebagainya. Dengan ini, akan lahir generasi berilmu
pengetahuan tinggi dan dapat menabur bakti kepada kemajuan negara pada masa
depan seperti cogan kata Rakyat Berilmu, Negara Maju.
Selain
itu, perbendaharaan kata seseorang juga
dapat ditambah melalu pembacaan. Hal ini
demikian kerana , banyak kosa kata yang baharu dapat diketahui dengan membaca
pelbagai bahan bacaan. Kosa kata baharu
seperti lestari, hakikat, sahsiah, marcapada, patriotik, duniawi dan sebagainya
sangat menarik untuk diketahui. Kita
juga boleh merujuk kamus untuk mendapatkan maksud perkataan-perkataan tersebut
dan menggunakannya semasa menulis karangan.
Karangan yang dihasilkan akan lebih bermutu kerana penggunaan kosa kata
yang luas membantu seseorang menghuraikan isi karangan dengan lebih matang dan
baik.
Seterusnya,
membaca pelbagai bahan bacaan terutama
buku-buku teks dan buku-buku rujukan merupakan suatu persediaan kepada pelajar
untuk menghadapi peperiksaan. Seseorang
pelajar umpamanya akan sentiasa membaca buku dan bukan hanya saat-saat akhir
menjelang peperiksaan sahaja. Sekiranya
budaya membaca menjadi amalan hidup seseorang pelajar, mereka akan sentiasa
bersedia dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi
peperiksaan. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan kecemerlangan dalam peperiksaan akan dapat dikecapi.
Pada
masa kini, terdapat segelintir golongan remaja yang mengisi masa lapang dengan
perkara-perkara yang sia-sia kurang
berfaedah seperti bermain permainan komputer dan melayari internet dalam
tempoh yang lama. Justeru, sekiranya
membaca menjadi amalan hidup, golongan remaja ini dapat mengisi masa lapang
dengan perkara yang berfaedah. Masa itu
emas. Masa yang berlalu tidak akan
kembali lagi. Oleh itu, remaja yang
gemar membaca merupakan remaja yang bijak mengisi masa dengan aktiviti
yang berfaedah.
Kesimpulannya,
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Justeru
semua pihak terutama generasi muda mestilah mengamalkan budaya membaca ini demi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berkualiti. Generasi muda merupakan pewaris
kepimpinan negara pada masa depan. Justeru, budaya membaca dapat melahirkan
bakal pemimpin yang berilmu dan berwibawa yang mampu memimpin negara ke mercu
kemajuan dan kegemilangan.
CONTOH KARANGAN
Soalan 2
Andaikan bahawa sahabat pena anda ingin mengetahui kebaikan budaya membaca. Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda itu.
No.
11, Jalan Cempenai
Taman
Nira, 83000,
Batu Pahat,
Johor. Malaysia.
12 Jun 2014
Ke hadapan sahabatku
Zul Imran, yang berada di Jakarta Indonesia. Apa khabar saudara? Saya berharap saudara
sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya di sini berserta keluarga juga dalam keadaan sihat dan gembira.
Saudara Zul Imran.
Surat saudara telah selamat saya
terima pada minggu lepas. Saya
mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi mengutus surat kepada saya di
Malaysia. Saya telah membaca surat tersebut
dan memahami hasrat saudara hendak mengtahui tentang kebaikan-kebaikan budaya
membaca. Memang benar saudaraku. Budaya membaca memang mendatangkan banyak faedah terutama dalam memacu kejayaan
sesebuah bangsa seperti cogan kata
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.
Saudaraku,
Memang tidak dapat dinafikan,
budaya membaca merupakan suatu amalan mulia yang perlu dipraktikkan oleh semua
orang. Terdapat pelbagai bahan bacaan
yang boleh dibaca seperti buku, majalah,
suratkhabar dan sebagainya. Budaya
membaca banyak kebaikannya. Justeru
budaya membaca perlu dipupuk sejak kecil supaya menjadi amalan apabila dewasa
kelak , bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebenarnya, saudaraku, amalan
membaca juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan, sesuai dengan cogan kata
Membaca Jambatan Ilmu. Pelbagai
bidang ilmu pengetahuan dapat diperoleh
melalui membaca seperti bidang
keagamaan, kesusasteraan, kebudayaan, sosial, hiburan, pelajaran dan
sebagainya. Dengan ini, akan lahir
generasi berilmu pengetahuan tinggi dan dapat menabur bakti kepada kemajuan
negara pada masa depan seperti cogan kata Rakyat Berilmu, Negara Maju. Saya berasa saudara juga bersetuju dengan
pendapat saya itu.
Tahukah saudara, membaca juga dapat
menambahkan perbendaharaan kata
seseorang . Hal ini demikian kerana ,
banyak kosa kata yang baharu dapat diketahui dengan membaca pelbagai bahan
bacaan. Kosa kata baharu seperti
lestari, hakikat, sahsiah, marcapada, patriotik, duniawi dan sebagainya sangat
menarik untuk diketahui. Kita juga boleh
merujuk kamus untuk mendapatkan maksud perkataan-perkataan tersebut dan
menggunakannya semasa menulis karangan.
Karangan yang dihasilkan akan lebih bermutu kerana penggunaan kosa kata
yang luas membantu seseorang menghuraikan isi karangan dengan lebih matang dan
baik.
Seterusnya, membaca pelbagai
bahan bacaan terutama buku-buku teks dan
buku-buku rujukan merupakan suatu persediaan kepada pelajar untuk menghadapi
peperiksaan. Seseorang pelajar umpamanya
akan sentiasa membaca buku dan bukan hanya saat-saat akhir menjelang
peperiksaan sahaja. Sekiranya budaya
membaca menjadi amalan hidup seseorang pelajar, mereka akan sentiasa bersedia
dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan kecemerlangan
dalam peperiksaan akan dapat dikecapi.
Saudara yang dihormati,
Pada masa kini, amat
menyedihkan, terdapat segelintir
golongan remaja yang mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang sia-sia
kurang berfaedah seperti bermain
permainan komputer, berlumba motosikal, melepak dan melayari internet dalam
tempoh yang lama. Justeru, sekiranya
membaca menjadi amalan hidup, golongan remaja ini dapat mengisi masa lapang
dengan perkara yang berfaedah. Masa itu
emas. Oleh itu peringatan untuk saudara
dan saya juga masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.
Akhir kata, sebelum saya
mengakhiri warkah ini , saya ingin menyeru semua pihak terutama generasi muda
mestilah mengamalkan budaya membaca ini demi melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan dan berkualiti. Saya
berharap , coretan saya dapat memberi manfaat kepada saudara. Sebelum mengundurkan diri, sampaikan salam
saya kepada ahli keluarga saudara di Jakarta.
Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa depan. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Muhd
Azhar Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.