Rangup, sedap dan senang untuk disediakan.
- Masa:
- Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Bahan-Bahan:
- 1 cawan mentega
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan brown sugar
- 2 biji telur
- 2 sudu esen vanila
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu tehbaking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 2 cawan semi sweet chocolate chips
- 1 cawan badam cincang, bakar seketika
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven ke suhu 170C.
- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
- Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
- Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
- Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Tips:
Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar. - skoop terlebih dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.