Tanggal 10 Ogos 2014, hari Ahad , bersamaan 14 Syawal 1435 Hijrah merupakan hari yang paling menyedihkan dalam kehidupanku. Hari yang paling memilukan dalam hidupku. Tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata kesedihan ini. Hanya kepada Allah kuluahkan segala duka dan nestapa apabila pada hari itu ibuku telah pergi menemui Ilahi meninggalkan aku bersama-sama kenangan dan kesedihan yang tidak terbendung!
Hari ini genap 40 hari ibu pergi..namun ingatan tetap kekal abadi. Hanya doa saban hari kukirimkan agar arwah ibu dan ayahku dicucuri rahmat Allah, tenang dan damai di sana. Al-Fatihah.
Aku menyedari,sesungguhnya kasih sayang anak-anak kepada insan yang bergelar ibu dan bapa tidak harus terhenti hanya ketika mereka masih berada di dunia. Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa "Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu :
a) Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup,
b) Ilmu yang dimunafaatkan,
c) ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN KEDUA IBUBAPANYA". (Hadis Riwayat Luqman Hakim)
Pemberian paling berharga yang amat diharapkan oleh ibubapa kita semasa mereka di alam barzakh adalah doa dari anak-anaknya. Manakala tidak akan terputus pula rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari (baik yang hidup mahupun yang telah tiada). Begitulah besarnya ganjaran Allah kepada anak-anak sekalian. Rebutlah peluang besar ini. Buatlah yang terbaik untuk mereka yang mana suatu ketika telah menjaga kita dengan penuh kasih sayang.
Bermaksud : Ya Allah! Sampaikalah seumpama pahala bacaan ku kepada roh BAPA ku (sebut nama si mati)
Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih .
Bermaksud : Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaan ku kepada roh IBU ku (sebut nama si mati)
Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kubueny dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
AL-FATIHAH
Alfatihah..semoga roh ibu dicucuri rahmat Allah hendaknya
BalasPadam������Amin...
BalasPadamAmiin...
BalasPadam