Warnamu sungguh memikat. Ada pink, merah, peach, oren, carnation, kuning, pepel pekat, putih. Bungamu kecil-kecil comel menggamit segaris senyum di bibir sesiapa sahaja yang memandang. Walaupun mekarmu seketika cuma, namun cukup menceriakan hati yang gundah.
Tak sabar menunggu sang mentari melimpahkan cahayanya. Untuk menyaksikan kudup-kudupmu berkembang mekar di keheningan pagi.
Yang pasti, aku dah jatuh hati.
Bunga ros jepun atau nama singkatan glamournua bunga RJ si bunga comel!
Nama Tempatan: bunga ros jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan
Kali ni cikgu nak share sedikit info tentang salah satu bunga favourite yang ada di taman mini cikgu, iaitu bunga Ros Jepun yang comel-comel tu. Kenapa bunga ni jadi kegilaanku? Tak lain tak bukan kerana selain daripada cantik dan comel, bunga ni sangat senang dijaga dan sangat kerap berbunga tau
Ros Jepun Ungu - Comel, Kan?
Bunga ros Jepun ini tergolong dalam keluarga Portulacaceae dan "tanah tumpah darahnya" ialah negara-negara di Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil dan Uruguay.
Selain dipanggil ros Jepun (nama saintifiknya: portulaca grandiflora), bunga ini juga dikenali sebagai bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh dan bunga gelang di Malaysia. Kalau kat tempat lain pulak, bunga ni dipanggil moss rose, time flower dan ten-o'clock flower.
Ros Jepun boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu merah jambu, merah terang, putih kuning, ungu dan oren. Ada juga yang mempunyai dua warna pada satu bunga iaitu merah jambu dan putih.
Pokok bunga ini senang membiak melalui akarnya yang menjalar dan boleh juga dibiakkan melalui keratan batang. Cucuk jer ke tanah, pasti hidup! Boleh juga dibiakkan melalui biji benih.
Ros Jepun suka kepada cahaya matahari yang banyak. Pokoknya akan mengeluarkan bunga yang banyak sekiranya mendapat cahaya yang mencukupi. Oleh itu, dedahkanlah dia pada cahaya matahari kat luar rumah tu; jangan diletak di tempat teduh atau di dalam rumah ye!
Ros Jepun Pelbagai Warna
Kalau nak tengok bunga ni kembang penuh, tunggulah di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Cantik , comel dan sungguh ciut-miut dia masa tu! Lepas pada waktu tu, ros Jepun akan mulai layu dan akan kembang semula pada keesokan harinya pulak. Jadi, kalau nak ambil gambar tu, kenalah pada waktu yang disebutkan tadi. Kalau tak, melepaslah jawabnya, hehe..
Pokok bunga ros Jepun ini sesuai ditanam di atas tanah sebagai pelitup bumi . Selain itu, boleh juga digantung dalam pasu atau letakkan saja pasu tu kat atas tanah. Tapi , batangnya mudah menjalar dan bahagian yang menyentuh tanah akan ditumbuhi akar! Jadi, pandai-pandailah menjaganya:
Ros Jepun Kuning
Tanah yang sesuai bagi tanaman ini adalah tanah yang tidak menakung air contohnya campuran tanah peroi, tanah gambut (boleh diganti dengan baja organik) dan pasir sungai. Akarnya akan reput jika tanahnya menakung air.
Walau bagaimanapun, pokoknya perlu disiram setiap hari sebanyak dua kali sahaja iaitu sekali pagi dan sekali petang. kalau asyik hujan jer, tak payahlah disiram!
Selain itu, selalu-selalulah cantas pucuknya untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan bunga. Tentang baja pulak, kalau nak juga dibaja gunalah baja cecair kerana baja biji boleh mencederakan batang pokok.
Batang-batang yang dicantas tu cucuk aje dalam tanah , mudah hidup.
Khasiat perubatan: daunnya boleh digunakan bagi merawat luka-luka kecil. Caranya: hancurkan daunnya dan tampalkan pada luka tu. Beres! Buatlah beberapa kali hingga sembuh.
Apa lagi yang Kak Yah nak citer tentang bunga ni? Rasanya setakat inilah dulu. Kalau korang ada soalan bolehlah taipkan di ruangan ulasan blog ini. Mana-mana yang boleh Kak Yah jawab, insyaallah Kak Yah akan jawab, ok?
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. Terdapat juga jenis yang mempunya icampuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ros jepun mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
kegunaan:
Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.
Lagi gambar-gambar RJ ku
Apa ni ahh!
BalasPadamPesakit radang paru-paru Copd
BalasPadamEn. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.
Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570