Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd.
Helmi Ahmad)
SINOPSIS
Mengisahkan
Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada
Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi
oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki
mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara
menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau
menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi
menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng
disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah
keluarga semula.
TEMA
Kasih sayang keluarga
yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan
Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan
konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN
i.
Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai
bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.
ii. Keegoan
seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu
menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca
segala kesedihannya.
iii. Keberanian
menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani
menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan
dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan
seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi
kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim
Pau.
PLOT
i.
Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan
telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng
tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai
anaknya.
ii.
Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas
nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang
sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan
keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon
maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim
Meng.
iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan
disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan
bapanya.
iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada
Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami
bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan
dengan penuh gembira.
TEKNIK PENCERITAAN
i.
Pemerian
Contoh : Memerihalkan
jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk menyambut
perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.
ii. Imbas
Kembali
Contoh : Sim Pau mengimbas
kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri daripada
orang yang menuntut hutang.
iii. Imbas Muka
Sim Pau memberitahu Lim Pooi
bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.
iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim
Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak dibeli untuk
menyambut perayaan.
v. Monolog
Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata
di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun sampai bila?
vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya
punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar dengan darah.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Sim Pau
i.
Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu
kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki
keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani
menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.
iv. Memiliki
kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim
Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.
v. Mudah
terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan
air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui
Lim Meng sebagai anaknya.
Lim Pooi
i.
Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah
kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan
kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap
suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim
Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.
v. Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego
dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
vi. Peniaga yang
tamak
Contoh: Mengaut keuntungan
dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim
Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar
dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.
Lim Meng
i.
Anak bongsu daripada dua beradik.
ii.
Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba
menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah
dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim
Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan
bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.
Lim Foong
i.
Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak
kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.
Sudin
i.
Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu
menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang bangsa.
LATAR
Latar Masa
i.
Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima
panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar.
ii. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Lim Meng pulang ke
rumah.
iii. Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim
Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim Meng.
Latar Tempat
i.
Dapur
Contoh : Sim Pau sedang
menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
ii. Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim
Foong mencuri wang di kedai.
iii. Stor di
belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan
gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga yang tinggi ketika
suatu masa lain.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat
yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam
terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim Foong.
2. Masyarakat
yang menginsafi kesalahan.
Contoh: Lim Pooi menginsafi
kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.
3. Masyarakat
yang sabar menghadapi masalah.
Contoh: Sim Pau sabar
menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak perempuannya
keluar dari rumah.
GAYA BAHASA
i.
Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu
dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah
tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
ii.
Peribahasa
Contoh : Dia bukannya
mahu menegakkan
benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang
terlalu mengikut perasan.
iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia
jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
iv. Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit
hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon
yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya
kata-katanya itu ibarat racun
yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
v. Simile
Contoh : Sebaliknya
kata-katanya itu ibarat racun
yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim
Pau.
vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada
dalam kandang
kemarahan.
vii. Bahasa perbualan
Contoh : Lim Meng pernah
mengadu dekat aku
orang kampung semuanya kompelin.
NILAI
i.
Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani
menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.
ii. Nilai
keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu
menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih
sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba
menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.
PENGAJARAN
i.
Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka
buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita
mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila
memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim
Foong.
iii. Kita mestilah
mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang
menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.