Aku
(Rosli K.
Matari)
MAKSUD SAJAK
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Penulis
mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.
|
2
|
Penulis
menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.
|
3
|
Digambarkan
bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia
pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat
keindahan alam ciptaan Tuhan.
|
4
|
Baginda
tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.
|
5
|
Baginda
juga tidak pernah merasai tiupan angin.
|
6
|
Baginda
juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan
tumbuh-tumbuhan di situ.
|
7
|
Baginda
percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja
dicipta.
|
TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk
menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta
menyedari kewujudan Tuhan.
PERSOALAN
1. Pemeliharaan alam
sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi
akan datang.
2. Kepercayaan kepada
Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
3. Bersyukur dengan
nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia
menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
i. Bebas
ii. Terdapat tujuh
rangkap
iii. Baris-baris ayat
dan rima akhir
- Rangkap 1 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 2 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 3 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 4 terdapat 3
baris. Rima akhir abb
- Rangkap 5 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 6 terdapat 3
baris. Rima akhir aab
- Rangkap 7 terdapat 3 baris.
Rima akhir abb
GAYA BAHASA
- Sinkope
Contoh: kecuali diriku
- Kata ganda
Contoh: bertiup di mana-mana
- Imej alam
Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.
- Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada
- Aliterasi-perulangan
konsonan l
Contoh: laut, langit dan pohon
NILAI
- Percaya kepada Tuhan.
Contoh: aku percaya Kau Pencipta.
- Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat
yang ada di dunia.
- Keinsafan:
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
PENGAJARAN
- Kita haruslah mensyukuri
nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
- Kita hendaklah menjaga alam
sekitar agar terpelihara keasliannya.
- Kita hendaklah menginsafi
diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.