SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)
RANGKAP
|
MAKSUD
|
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan dayang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
|
Penulis berkata bahawa
setiap malam yang dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang tidak pernah
membawa apa-apa perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri
sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang demikian, penulis yang
mengeluh telah meluahkan kesunyiannya pada usia tua dengan harapan hari-hari
tuanya akan menjadi lebih bermakna.
|
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
|
Penulis hanya dapat
membayangkan ketenangan hidup dan kesegaran usia mudanya yang pernah dilaluinya
pada usia muda. Pada usia tua yang semakin terbatas ini, penulis meluahkan
perasaan kecewanya terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah
mengandungkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anaknya tidak mahu
bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua, sebaliknya dihantar dari rumah
seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal
ini menyebabkan penulis berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang
sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu sakit waima meneruskan
hidupnya.
|
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.
|
Penulis berkata bahawa
dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anak
kandungnya. Penulis juga berharap agar anak-anaknya insaf akan kesilapan yang
dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak yang derhaka. Penulis ingin
menegaskan bahawa setiap manusia akan melalui kehidupan, ketuaan, dan kematian.
Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar kesedihan dan kepiluan rasanya
dapat diubati dengan kasih sayang dan keprihatinan daripada anak-anaknya.
|
TEMA- Sajak ini bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Penyair berasa sunyi dalam hidupnya kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayangnya. Penyair berharap agar anak-anaknya dikurniakan oleh Tuhan keinsafan lalu datang melawatnya dan memberi kasih sayang seperti dia menyayangi anak-anak semasa mereka masih kecil.
Persoalan
(a) Kesunyian hidup pada usia tua.
(b) Kasih sayang ibu kepada anak.
(c) Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
(d) Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak
(e) Harapan ibu bapa kepada anak.
(f) Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
(g) Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
(h) Hidup dan mati ketentuan Tuhan
C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
Buktinya, malam sepi
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
(b) Simile
Buktinya, bagai kalung
(c) Sinkope
Buktinya, yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku bakaku
(d) Anafora
Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
(e) Responsi
Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
(f) Metafora
Buktinya, Keheningan tasik
kehijauan rumput
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
(g) Imejan atau imej alam
Buktinya, Keheningan tasik
kehijauan rumput
D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Ketabahan
(c) Ketaatan
(d) Berdikari
(e) Kesabaran
(f) Bertanggungjawab
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
(b) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
(c) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
(d) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
(e) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
(f) Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka
BENTUK SAJAK
.
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungitujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris jugak tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
4. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata.
5. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca, rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap ketiga: aabacdefdgc
6. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat
LATIHAN PENCERNAAN UNSUR KOMSAS SAJAK ERTI HIDUP BERERTI :
UNSUR KOMSAS
|
HURAIAN / CONTOH
| |
1. Nilai keinsafan.
|
Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara danTuhan sahaja yang kekal.
|
penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
|
2. Nilai kasih sayang.
|
Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat.
|
kasih sayang penyajak yang makin berusia terhadap anak-anaknya tetap utuh walaupun mereka menderhakainya.
|
3. Nilai ketabahan.
|
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidupagar tidak dirundung rasa putus asa
|
Penyajak tetap tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian walaupun tidak dihiraukan oleh anak-anaknya
|
4. Nilai bertanggungjawab.
|
Ibu bapa hendaklah sentiasabertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.
|
Penyajak seorang yang bertanggungjawab kerana mendoakan anak-anaknya dikurniakan keinsafan
|
5. BERJASA
|
anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka
|
Penyajak berasa kecewa kerana jasanya yang membesarkan anak-anaknya tidak dihargai
|
6. keikhlasan
|
Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian anak-anak agar mereka sedar bahawa kasih saying ibu bapa tetap ikhlas
|
Penyajak mendoakan kesejahteraan hidup anak-anaknya walaupun mereka tidak mengenang jasanya yang melahirkan mereka
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.