Bab 7 – Semangat
Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, reban ayam telur dan bilik bacaan.
Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.
Latar tempat:
Kedai Koperasi sekolah
–Lawatan En Mansur di Kedai koperasi Sekolah
Bangsal ternakan ayam
telur
Watak:
Cikgu Syamsudin – Tuan
Pengetua
Cikgu Zulkifli
Encik Mansur
Ahli lembaga pengarah
koperasi
Peristiwa
penting/Menarik
Peristiwa
penting
|
Nilai
Murni
|
Pengajaran
|
En Mansur, Penolong
Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian fungsi Sekolah-sekolah melawat kedai
koperasi, bilik bacaan koperasi dan bangsal ternakan ayam telur. Beliau memuji kemajuan koperasi sekolah
dalam menyediakan kemudahan kepada murid dan usaha meningkatkan keuntungan
koperasi sekolah.
Cikgu Syamsudin,
memberitahu bahawa kemajuan koperasi sekolah adalah hasil usaha dan kerjasama
guru-guru dan murid-murid
Akhirnya semua
tetamu dan pelawat diraikan dalam majlis jamuan.
Lawatan Encik Mansur meninggalkan semangat dan dorongan kepada semua ahli lembaga pengarah untuk meneruskan kegiatan memajukan koperasi sekolah.
|
Nilai bekerjasama
Nilai menghargai tetamu |
Kita
hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya tugas
menjadi mudah dan mencapai hasil yang diharapkan.
.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.