MAKSUD
KATA
|
|
Kurang fikir kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
|
Penulis mengingatkan bahawa manusia yang
kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi masalah
yang dihadapinya.
|
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak segala sengketa.
|
Penulis berkata bahawa manusia mestilah
berfikir sebelum berkata-berkata supaya dapat mengelakkan sebarang
perselisihan faham waima persengketaan sesama manusia.
|
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
|
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika
diujar akan menyakitkan hati an melukakan perasaan orang lain.
|
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
|
Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang
kasar dalam pertuturan boleh menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai masalah.
|
SILANG DAN SENGKETA
|
|
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
|
Penulis berkata bahawa manusia yang suka
bergaduh dan berselisih faham akan hidup dalam kesedihan.
|
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
|
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja
mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan faham harus
diselesaikan, bukannya dielakkan.
|
ILMU
|
|
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
|
Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai
dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak dapat
memanfaatkan kita.
|
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
|
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam
diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan kerajinan asalkan kita
memiliki kemahuan yang tinggi.
|
DUNIA PERGAULAN
|
|
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan
|
Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini
menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
|
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
|
Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat
dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
|
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu
|
Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang
baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan
sentiasa bersama di mana-mana sahaja.
|
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
|
|
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi
bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
|
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah
hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat.
|
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat
pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.
|
PERBUATAN YANG BAIK
|
|
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak
berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada bila-bila masa.
|
Menolong sesama wajib dan perlu,
tetapi tolonglah dirimu dahulu.
|
Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu
diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.
|
SIFT-SIFAT YANG JAHAT
|
|
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
|
Penulis berkata bahawa kita mestilah
berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
|
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang
mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari.
|
TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam
ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam
kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang
berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan
menjauhi sifat yang negatif.
Persoalan
(a) Kepentingan
berfikiran matang dan rasional.
(b) Pergaduhan yang
tidak memanfaatkan sesiapa.
(c) Penjagaan tutur
kata demi maruah diri.
(d) Kesedihan daripada
pertelingkahan.
(e) Kepentingan menimba
ilmu.
(f) Kegigihan mencari
ilmu demi masa depan.
(g) Kepentingan rakan
sebaya dalam kehidupan.
(h) Sifat budi bahasa
penting dalam kehidupan.
(i) Sifat pemurah yang
disukai masyarakat.
(j) Kemuliaan seseorang
daripada jasa yang ditaburkan.
(k) Kepentingan
bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.
(l) Kejahatan manusia
yang tersembunyi.
(m) Pengkhianatan dalam
kalangan manusia.
GAYA BAHASA
(a) Repitisi
Buktinya,
Kurang fikir, kurang siasat
Selalu berkumpul ke hulu ke hilir
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya,
dipandang sebagai bunga di
taman.
(c) Pengulangan kata
Buktinya,
Silang selisih jangan dicari
Jika tersua janganlah lari
Jikalau ilmu
tiada sempurna
Jikalau kamu
bersifat budiman,
Jikalau kamu
bersifat dermawan
Jikalau kamu
bersifat pemurah
(d) Sinkope
Buktinya,
Tentu dirimu kelak
tersesat
(e) Simile
Buktinya,
Ibarat beringin, racun dan
upas
dipandang sebagai bunga di taman.
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
(f) Peribahasa
Buktinya,
Telunjuk lurus kelengkeng
berkait,
NILAI MURNI
(a) Rasional
(b) Keikhlasan
( (c) Setia kawan
(d) Kegigihan
(e) Kesungguhan
(f) Kerajinan
(g) Baik hati
(h) Murah hati
(i) Hemah tinggi
(j) Berwaspada
(k) Keadilan
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah
berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain demi menjaga
maruah diri.
(b) Kita mestilah
ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan sesiapa.
(c) Kita mestilah setia
dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita disukai.
(d) Kita mestilah gigih
menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
(e) Kita mestilah
bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya setiap masalah yang kita
hadapi dapat diselesaikan.
(f) Kita mestilah rajin
berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri supaya dapat menjadi
manusia yang bijak pandai.
(g) Kita mestilah
berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam masyarakat.
(h) Kita mestilah
bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban
mereka.
(i) Kita mestilah
bersifat hemah tinggi supaya disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli
masyarakat.
(j) Kita mestilah
berhati-hati dalam segala tingkah laku demi menjaga ketinggian budi dan akhlak.
(k) Kita mestilah
berbuat baik sesama manusia agar segala perbuatan baik kita akan dibalas baik
kerana Tuhan mengadili kita berdasarkan perbuatan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.