Bab 12 – Kasih Seorang Ibu
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.
Latar tempat:
Di rumah Razali/Mak cik Sopiah
Latar Masa
Waktu petang – ketika Razali balik dari Sekolah
Watak:
Razali
mak cik Sopiah - ibu Razali
Pak cik Zakaria - ayah tiri Razali
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Mak Sopiah membela Razali Pak cik Zakaria menuduh Razali suka
bergaduh. Beliau juga menuduh Razali
sombong, angkuh dan selalu ingin menunjuk gagah. Menurut mak cik Sopiah, mereka belum tahu
siapa yang salah dan siapa yang benar.
Jadi tak adil terus menuduh Razali. Mak cik Sopiah akan mempertahankan
Razali daripada cemuhan suaminya biarpun apa-apa yang akan berlaku
Selepas makan tengah hari Razali solat fardu Zuhur
Razali membawa buku-buku ke pondok tengah sawah dan membuat kerja
rumah di situ. Dia menumpukan penuh
perhatian pada pelajaran kerana pelajaran itu dapat menjamin hidup pada masa
depan.
Mak cik Sopiah merahsiakan kisah ayah kandung Razali walaupun sering
ditanya oleh Razali kerana peristiwa itu merupakan sejarah pahit dalam
hidupnya.Razali memeluk emaknya sambil menangis kerana simpati kepada
emaknya.
|
Nilai kasih sayang
Nilai Ketaatan
Nilai kerajinan
Nilai Kasih Sayang
|
Kita janganlah sesekali berperasangka buruk
terhadap orang lain kerana akan mendatangkan akibat yang tidak diingini
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya
kehidupan berbahagia.
Kita hendaklah sentiasa taat suruhan Allah
dengan melakukan solat apabila masuk waktu.
Kita hendaklah rajin belajar supaya menjadi
orang yang berjaya pada masa depan.
.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.