Ahad, 27 Januari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 5 NOVEL SILIR DAKSINA


BAB 5: RINDU 
SINOPSIS 
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

PERSOALAN 
1. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH KANDUNG
 Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung ayahnya

3. HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA

 Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang diusahakan oleh uminya
Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung tidak diminatinya

NILAI MURNI
1. KETAATAN/KEPATUHAN
Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah ayahnya tujuh tahun yang lalul Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.

2. NILAI KASIH SAYANG
Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya. 

3. NILAI SIMPATI
 Guru pengawas peperiksaan UPSR bersimpati dan memujuk Haikal untuk mententeramkannya kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya

PENGAJARAN 
 1. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN TERPISAH
Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.
 
 2. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI  
Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya sejak kecill
3. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH DEWASA
 Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.

LATAR LATAR MASA 
 1.MALAM
Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin.  Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa terpanggil untuk ke sana .Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya 

2 TUJUH. TAHUN LALU 
Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.

LATAR MASYARAKAT
1.GOLONGAN PENIAGA
Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang.
 

2.GOLONGAN PENCINTA SENI BUDAYA MELAU 
Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat seperti digambarkan dalam manuskripnya.

LATAR TEMPAT 
1. DI RUMAH HAIKAL
 Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.

2. DI DALAM DEWAN PEPRIKSAAN
Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.