Soalan SPM 2018
(a)
Dalam sesebuah
novel, selain watak utama terdapat banyak watak sampingan.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
kaji, jelaskan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan seperti
yang berikut: [7
markah]
NOVEL
|
WATAK SAMPINGAN
|
|
I
|
Leftenan Adnan Wira
Bangsa
|
Pak Saidi
|
Ii
|
Di Sebalik Dinara
|
Akram
|
Iii
|
Jendela Menghadap Jalan
|
Danel
|
Iv
|
Pantai Kasih
|
Doktor Uwang
|
V
|
Songket Berbenang Emas
|
Embong
|
Vi
|
Tirani
|
Zahid
|
vii
|
Bimasakti Menari
|
Muhammad Taufik
|
viii
|
Silir Daksina
|
Abdullah bin Kayan/Amirulnizam
|
Contoh jawapan lengkap.
Novel
yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara
karyaDayang Noor. Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah
watak Akram.
Dalam novel ini
, Akram digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab. Contohnya ialah Akram bertanggungjawab kepada
arahan ketuanya, iaitu Dr Maxi yang mengarahkannya menjejaki Farisha. Dia berjaya menemui Farisha. Farisha diminta untuk menyelamatkan system Dinara
yang terancam oleh virus yang dihantar oleh musuh-musuh Karl.
Selain itu Akram juga seorang
yang jujur. Buktinya jelas
menerusi peristiwa Akram jujur dengan membocorkan rahsia dirinya yang sebenar
kepada Farisha. Sebenarnya, dia telah
diberi identity yang baharu oleh Karl. Asalnya
beliau ialah Akeem dan merupakan adik Karl yang terencat akak. Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Ui kaji
Karl telah berjaya mengubah penampilan dirinya.
Demikian
lah dua perwatakan Akram dalam novel Di Sebalik Dinara.
Isi-isi lain perwatakan Akram
1.
Seorang yang
gigih berusaha .
Contohnya – Akram gigih berusaha untuk menjejaki Farisha. Dia telah mengambil cawan Farisha semasa di
dalam kapal terbang dan telah bekerjasama dengan Dr Maxi untuk mengkaji DNA
Farisha bagi mengenal pasti identitinya.
2.
Seorang yang bijak.
Contohnya – Akram bertindak bijak dengan mengambil cawan yang telah
digunakan oleh Farisha yang terdapat kesan air liur untuk membuat ujian DNA.
Akram juga mengesan Farisha melalui facebook dan tempahan tiket kapal
terbang sehingga akhirnya berjaya mengesan Farisha.
3.
Seorang yang penyabar.
Contohnya
– akram bertindak secara sabar bagi memastikan dia dapat menarik perhatian
Farisha untuk bekerja di Soft Lab. Dia berusaha
menembusi fikiran Farisah dengan menggunakan strategi dengan menawarkan kontrak
bernilai RM1.5 juta dengan Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang
ditubuhkan secara kongsi antara Farisha dan Rosman.
assalamualaikum dan salam sejahtera saya nak berterima kasih kepada kakak kerana memberikan rujukan yang lebih mengenai watak sampingan ini.Kerja folio saya telah menjadi lengkap.
BalasPadamThanks for the info😅
BalasPadamTiada watak karl kehhh...
BalasPadamTan apa lah yg ni pun ok jehh 👌
Paling op bah jo
BalasPadam5t2wwwweWteti
BalasPadam