Jumaat, 26 Julai 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DA PEMAHAMAN - SET 2 - CARA-CARA MENGHIDUPKA SEMANGAT KEJIRANAN & KEPENTINGANNYA




Soalan 1 :  Rumusan
(30 markah)

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menghidupkan semangat kejiranan dan kepentingannya.  Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutamanya jiran bersebelahan dalam menjalani kehidupan seharian.  Kita akui bahawa semangat kejiranan semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga timbul pelbagai isu semasa pula.  Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada banyak  kepentingannya untuk menghidupkan semangat ini. 

Langkah awal ialah masyarakat digesa untuk menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga di kawasan perumahan.  Aktiviti ini haruslah melibatkan semua pihak tanpa mengira kaum.  Dengan ini, hubungan rapat yang terjalin melalui program rukun tetangga ini akan mengeratkan perhubungan sesama mereka.  Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan majlis atau aktiviti yang dapat menghimpunkan semua penduduk dalam satu masa seperti mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mengadakan sambutan hari perayaan berbilang kaum, Hari Keluarga dan sebagainya.  Melalui  perhimpunan seumpama ini, bukan sahaja ikatan silaturahim antara anggota masyarakat dapat dipupuk malah semangat kejiranan akan bertambah padu.

Di samping itu, kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan dengan semangat kejiranan.   Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini.  Masyarakat akan mula mempersoalkan tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat kejiranan di kawasan mereka.  Pada masa yang sama, sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.  Masyarakat perlulah memandang semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.  Semangat ini berlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat.  Jelaslah bawaha paradigma yang baharu ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

                Di kawasan bandar, semangat kejiranan pudar berikutan gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing berikutan tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan masyarakat bandar.  Kemajuan teknologi seperti telefon bimbit, internet serta faksimili turut menyebabkan anggota masyarakat kurang berinteraksi antara satu sama lain.  Corak kehidupan yang bersikap individualistik turut menimbulkan tanggapan bahawa hubungan sesama jiran tidak penting.  Justeru , ketua penduduk di kawasan bandar perlulah memainkan peranan bagi memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni.  

                    Tidak kira apa-apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh sekiranya anggota masyarakat mempunya sifat hormat-menghormati dan bekerjasama.  Ketua penduduk mestilah sentiasa mengambil berat terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah.  Sebagai contoh, jika sudah diketahui dua buah keluarga sering bertengkar, ketua penduduk mestilah memikirkan kaedah yang sesuai untuk merapatkan hubungan kedua-dua buah keluarga tersebut, di samping memikirkan  kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kelak jika masalah tersebut tidak ditangani secepat mungkin.  Ketua penduduk juga mestilah memikirkan cara-cara mengukuhkan hubungan kejiranan  di kawasan yang ditanganinya.

                Semangat kejiranan memang perlu dibugarkan kembali dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.  Semangat kejiranan boleh dicapai melalui semangat perpaduan serta perubahan tanggapan dan bersikap peka akan kepentingan hidup bermasyarakat.


(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memantapkan Hubungan Kejiranan ‘  oleh M. Jasin Majed, Utusan Malaysia)



Soalan 2 (a) : Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, Jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)         Berikan maksud rangkai kata ditangani secepat mungkin? (2 markah)

(ii)        Semangat kejiranan dikatakan semakin pudar di kawasan Bandar.  Nyatakan punca-punca berlakunya keadaan tersebut.     (3 markah)

(iii)      Pada pendapat anda , apakah yang patut anda lakukan unatuk memastikan hubungan anda dengan jiran menjadi akrab.

         Kemukakan alasan-alasan anda.  (4 markah)




SKEMA JAWAPAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 2



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.