Rabu, 21 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 8


Soalan 1 :  Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan rakan sebaya dalam kehidupan remaja dan kesan buruk tersilap memilih rakan sebaya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sekumpulan orang yang berada dalam lingkungan umur yang sama.  Rakan sebaya remaja terdiri daripada sekumpulan besar rakan mereka yang hampir sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan remaja.  Remaja lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehann. 

Peranan rakan sebaya menjadi lanjutan kepada proses sosialis dalam keluarga.  Kumpulan rakan sebaya dapat menjadi penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tegang.  Pada kebiasaannya, sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar.  Segala gerak geri dan tingkah laku akan diikuti oleh rakan sebayanya.  Rakan sebaya turut berperanan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.  Jika pelajar bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar, maka mereka akan terdorong untuk belajar dengan lebih gigih.  Rakan sebaya yang memiliki sikap positif secara semula jadi dapat mempengaruhi rakannya yang lain agar membuat perkara yang positif.  Oleh itu, remaja erlu bijak memilih rakan.  Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana rakan akan ada yang mempengaruhi kita ke arah kebaikan dan juga ke arah kejahatan.  Rakan sebaya yang dipilih perlu memiliki iman dan takwa, berprinsip serta teguh jati diri.  Mereka juga harus berakhlak mulia dan memiliki minat atau cita-cita yang hampir sama.

          Apabila remaja membesar, pengaruh rakan sebaya sebagai agen peneguhan semakin meningkat.  Agen peneguhan menjadi medium untuk remaja memantapkan jati diri dan kepercayaan mereka.  Mereka percaya bahawa mereka masih mempunyai seseorang atau sekumpulan sahabat yang boleh membantu atau setidak-tidaknya menjadi pendengar setia , berkongsi pendapat, membantu membuat keputusan atau lebih jauh sekiranya perkata itu melibatkan soal masa depan sendiri.  Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan rakan sebaya sebagai agen peneguhan diri untuk mengharungi segala rintangan yang mendepani mereka. 
Rakan sebaya juga berfungsi sebagai suri teladan sosial keana mereka seakan-akan “memberitahu” remaja tentang cara mereka harus bertingkah laku dalam situasi yang berbeza.  Tidak dapat dinafikan bahawa remaja memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerk balas tertentu denga memerhatikan tingkah laku rakan sebayanya.  Misalnya, remaja mempelajari bahawa memukul kawan itu salah dan tidak baik apabila melihat remaja yang  memukul kawan atau dimarahi guru.

          Rakan sebaya yang baik akan menolong kita tatkala kita menghadapi pancaroba  dalam kehidupan.  Oleh itu, pemilihan rakan yang baik sangat penting agar tingkah laku yang dibentuk hasil daripada pegaulan dengan rakan sebaya tersebut akan mendorong pembentukan sahsiah remaja yang baik pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Rakan Sebaya sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’ oleh Zulfazlan Jumrah, Dewan Siswa , Februari 2017)

Soalan 2(a) – Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)      Berikan maksud rangkai kata menghadapi pacaroba      [2 markah]

(ii)    Dalam petikan, pengarang telah menjelaskan beberapa panduan memilih rakan.

nyatakan  panduan-panduan tersebut.               [3 markah]

(iii)    Kesilapan ketika memilih rakan sebaya akan menimbulkan pelbagai implikasi buruk.

      Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa memastikan anak-anak memilih rakan sebaya yang betul?    [4 markah]

     

         


          












2 ulasan:

  1. As claimed by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh 42 pounds lighter than we do.

    (By the way, it is not about genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to do with "HOW" they eat.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

    Click on this link to reveal if this quick test can help you discover your real weight loss potential

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.