Selasa, 25 Februari 2020

Analisis Pantun Alam Remaja


Image result for gambar keluarga bahagia
    


      PUISI TRADISIONAL: PANTUN ALAM REMAJA


Pantun
Maksud rangkap
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
 Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi   anak-anak.
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.) 
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil dan ingin  bermanja.








1.      Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

2.      Persoalan

a)      Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.

b)      Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.

c)      Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa mereka pulang beketia.

d)     Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara adik-beradik.

e)      Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat mengembirakan hati anak-anak.

3. Bentuk Pantun

a)      Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

b)      Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Contohnya,

• rangkap 1: empat baris,
• rangkap 2: empat baris,
• rangkap 3: empat baris,
• rangkap 4: empat baris,
• rangkap 5: empat baris,
• rangkap 6: empat baris,
• rangkap 7: empat baris.

(c) Ada pembayang dan maksudnya.

(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)

 (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)

 (f) Pantun ini berbentuk terikat.

4.      Unsur Bunyi

a)      Asonansi(pengulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,u)

         Contohnya, • Tidak terkatakan besar hati  (perulangan vokal a);
        • Menepuk gendang dengan rebana  (perulangan vokal e);

b.     Aliterasi.(pengulangan bunyi huruf konsonan iaitu selain huruf vokal)

   Contohnya, • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan  b)
·         Dibawa itik pulang petang  (perulangan konsonan p).

c.    Rima akhirnya terikat.
  Contohnya, 
• rangkap 1: abab; 
• rangkap 2: aaaa; 
• rangkap 3: abab; 
• rangkap 4: abab; 
• rangkap 5: abab; 
• rangkap 6: abab; 
• rangkap 7: abab.

5.      Gaya Bahasa 

     Unsur Gaya Bahasa
(a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan. 

b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.

(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai.

(d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.

(e) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6.      Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.

(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak.

(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati penerima.

(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.

(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.


7.      Pengajaran

    (a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.

    (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

    (c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.

    (d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda.

    (e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.


1 ulasan:

  1. As reported by Stanford Medical, It's really the SINGLE reason this country's women live 10 years longer and weigh 42 pounds lighter than us.

    (By the way, it is not about genetics or some secret diet and absolutely EVERYTHING around "HOW" they are eating.)

    P.S, I said "HOW", and not "what"...

    CLICK this link to discover if this easy quiz can help you decipher your real weight loss possibilities

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.