Selasa, 18 Februari 2020

Bab 12: Tipu Helah Inggeris



Bab 12: Tipu Helah Inggeris

-    Dalam dua tiga minggu itu keadaan di Semantan tenang

-    Datuk Panglima Raja akan membawa 100 orang ke Batu Hampar

-   200 orang lagi akan berkubu dekat Pasir Tuk Anjang - mereka akan diketuai oleh Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin

-   Zahid, Mat Lela, dan Tuk Selampit akan berkawal di Lubuk Sengarat

-    Menurut Datuk Bahaman, perjuangan mereka kali ini lebih sulit - pasukan musuh yang terdiri daripada 50 orang mata- mata Inggeris akan diketuai oleh Desborough sendiri

-    Mereka akan tiba bersama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali

-    Datuk Bahaman berkata bahawa kalau askar-askar sultan bercampur dengan mata-mata Sikh, mereka akan berundur

-    Datuk Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman mengikut pasukan Datuk Panglima Raja ke Batu Hampar

-    Menjelang senja, perahu yang membawa Desborough tiba di Lubuk Terua - tidak ada askar-askar sultan di dalam perahunya

-    Sebaik-baik sahaja bahagian haluan perahu itu bersetentang dengan rantai besi yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu

-    Perahu Desborough terbalik - Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air

-    Para pengikut Datuk Bahaman menghujani mereka dengan bambu runcing

-    Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi

-    Datuk Bahaman mengarahkan Samad memukul tabuh

-    Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris

-   Askar-askar sultan terpinga-pinga - mudik semula ke Kuala Semantan
-    Keadaan di Semantan kembali tenang

-    Mat Kilau datang ke Pulau Tawar - membawa berita - Clifford tidak berpuas hati - tidak ada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera - menganggap mereka sudah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman

-    Clifford menggugut sultan - kalau sultan tidak bersungguh- sungguh menentang Datuk Bahaman, ertinya baginda menyebelahi penderhaka - boleh dibuang ke mana-mana pulau di Lautan Hindi

-    Roger sangat marah kepada Datuk Bahaman - akan mudik ke Semantan - membawa sultan dan Tengku Ali


-    Mat Kilau mengusulkan agar Datuk Bahaman berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.