Sabtu, 15 Februari 2020

NILAI , PENGAJARAN dan LATAR MASYARAKAT NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN



NILAI ,PENGAJARAN dan LATAR MASYARAKAT  


NILAI
CONTOH PERISTIWA
PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
1
Cinta akan tanah air
   .
Contoh  -  Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja  dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi  mempertahankan tanah air yang dicintai.
.
Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang  menentang musuh yang ingin menjajah tanah air kita yang dicintai.
Masyarakat yang   mempunyai semangat cinta akan tanah air dan sanggup  menentang musuh  
2.
 Nilai Keberanian
    Datuk Bahaman berani menentang Inggeris yang cuba menangkapnya dengan mendirikan rumah pasung di hadapan rumahnya.
    Selain itu empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad juga dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha keras untuk menjayakan usaha mengusir mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris yang diketuai oleh Owen dan Syres   dengan mendirikan kubu mereka sendiri di Lubuk Senggarat.
Kita hendaklah bersikap berani menentang anasir atau penjajah yang cuba mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian negara kita.
Masyarakat yang   berani menentang musuh demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air
3.
 Nilai kepatuhan/
taat setia
Contohnya,  
Tuk Selampit patuh kepada Datuk Bahaman dengan membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan. 
   Pak Long Abas  juga taat setia kerana tidak membocorkan rahsia Datuk Bahaman walaupun dipukul dengan buntut senapang ketika ditangkap oleh Inggeris semasa mengail ikan tembeliaan di sungai Semantan bersama-sama  Pak Uda Ismail

 Kita hendaklah sentiasa taat setia dan patuh kepada perintah ketua supaya perkata yang dilakukan akan mencapai kejayaan
Masyarakat yang   patuh dan taat setia kepada pemimpin
4.
Nilai Bekerjasama
Zahid, Rahman, Samad dan Awang Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk Senggarat.  Penduduk kampung juga sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk Bahaman dalam usaha mngusir penjajar Inggeris dari negeri Pahang.
 Kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan yang diingini
Masyarakat yang   berkerjasama dalam melakukan sesuatu perkara
5.
Nilai Kebijaksanaan 
Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai besi dan menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik.

Datuk Panglima Raja pula bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.
Kita hendaklah bijaksana dalam mengatur strategi untuk menentang musuh supaya mencapai kejayaan yang diingini.
Masyarakat yang   bijaksanan dalam menyelesaikan masalah







































































































Latihan 2 Proaktif dan 2 Inspirasi



Berdasarkan jadual yang diberikan, tulis esei berikut dengan lengkap. 


I.     Nilai murni merupakan sesuatu yang baik dan boleh dicontohi oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, bincangkan empat nilai murni yang dikemukan oleh pengarannya. 


2.     Setelah mengkaji novel dalam tingkatan 2, anda mendapati banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Huraikan pengajaran-pengajaran tersebut dengan contoh yang jelas. 


3.    Perbuatan dan sikap watak-watak dalam sesebuah cerita menggambarkan sikap masyarakat dalam dunia sebenar. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari jelaskan latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

1 ulasan:

  1. As stated by Stanford Medical, It is really the ONLY reason women in this country live 10 years longer and weigh on average 19 kilos less than we do.

    (And by the way, it really has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING around "how" they are eating.)

    BTW, What I said is "HOW", not "WHAT"...

    CLICK this link to find out if this short test can help you unlock your real weight loss possibility

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.