PUISI MODEN
: Sajak Pada Sekuntum Mawar
karya Mahwa Mohamed
Sehelai kelopakmu gugur;
adalah titis air mata
bonda
yang luruh dalam lipatan usia.
|
Rangkap 1:
Maksud Sajak Penyajak
mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis
tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
|
Merenung pada malam yang
kematian anginan
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah
dipinta.
|
Rangkap 2:
Jika maruah anak gadisnya tercemar,
maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia merasakan
bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan bahawa
segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki
keadaan tersebut.
|
Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.
Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
|
Rangkap 3 :
Penyajak berpesan agar gadis-gadis
tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang
serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis
yang beriman dan dihormati masyarakat.
|
1.0
Tema sajak:
Anak gadis yang sewajibnya menjaga
martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah
tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama
keluarganya turut tercemar.
2.0
Persoalan:
1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak
gadisnya tercemar.
2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu
akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi.
3. Kehilangan maruah seorang gadis
merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri
dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.
3.0 Bentuk:
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga
rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap
rangkap tidak sama.
Contohnya, • rangkap 1: tiga
baris;
• rangkap 2: enam baris;
• rangkap 3: lima baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama,
iaitu antara dua hingga enam patah kata.
Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah
kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini
antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku
kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.
4. 0 Unsur bunyi
Asonansi.
Contohnya, • adalah titis air mata bonda
(perulangan vokal a);
Aliterasi.
Contohnya, • seperti telah menutup.
(perulangan konsonan t);
5.0 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
|
Sinkope
|
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
|
|
Penggunaan unsur alam.
|
malam; angin; laut;
|
|
.
|
Simile
|
seperti telah menutup.
|
6.0 Nilai dan
Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
|
.
|
Nilai
kasih sayang
|
Kita
hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
|
Nilai
berwaspada.
|
Kita
hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. .
|
|
Nilai
kesedaran.
|
Kita hendaklah mengelakkan diri
daripada terlibat dalam masalah sosial.
|
Strange "water hack" burns 2 lbs overnight
BalasPadamAt least 160k women and men are using a simple and SECRET "water hack" to lose 2lbs each night in their sleep.
It is simple and it works on anybody.
Just follow these easy step:
1) Hold a clear glass and fill it up half glass
2) And then use this proven hack
so you'll be 2lbs skinnier the next day!