Watak Utama
berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji,
huraikan perwatakan watak utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan
kita. ( KBAT )
Novel yang saya pelajari ialah Novel
Salir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama
novel ini ialah Haiqal Hakimi. Haiqal ialah
anak kepada Abdullah Kayan dan Rafiqah . Novel ini telah menonjolkan perwatakan
watak utama iaitu Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.
Antara perwatakan Haiqal Hakimi yang
boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah Haiqal seorang yang berani.
Contohnya, Haiqal
berani memberitahu kepada uminya tentang rancangannya ke Johor untuk menjejaki
sejarah hidup ayah kandungnya selepas tamat peperiksaan STPM. Haiqal juga berani menaiki bas ekspres seorang diri
untuk ke kampung Seri Purnama di Batu Pahat untuk
menjejaki kisah silam ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Johor. Sifat Haiqal ini harus dicontohi supaya kita bersikap berani menempuh cabaran dalam kehidupan demi mencapai hasrat dan
cita-cita.
Selain itu, seorang yang
penyayang. Contohnya, Haiqal sangat sayang akan ayah dan ibunya kandungnya.
Haiqal sanggup menjejaki ayah kandungnya yang telah meninggal atas perasaan
sayang yang mendalam akan ayahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa
memberikan perasaan sayang yang mendalam terhadap keluarga supaya hubungan
kekeluargaan menjadi lebih utuh.
Haiqal
juga seorang yang gigih. Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pak cik
Bakar. Haiqal juga gigih belajar
daripada Lazim di balai raya. Kegigihan Haiqal ini memberi mengajar saya untuk sentiasa gigih berusaha untuk memastikan
kejayaan dapat dicapai dalam sesuatu yang saya usahakan.
Akhir sekali, seorang yang
prihatin. Contohnya, Haiqal Hakimi memujuk Ratna yang bersedih kerana
mendapat tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM. Haiqal
cuba untuk menenangkan hati Ratna yang sedih. Situasi ini juga harus dicontohi dalam kehidupan iaitu kita mesti sentiasa prihatin terhadap hal sekeliling dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.