Bahan 1 – Petikan
Malaysia
kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang semakin rancak. Penggunaan dan kemahiran bahasa sangat
penting dalam meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Tahap penguasaan pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal
menjadi peneraju ekonomi negara.
Bahasa
merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian manusia. Bahasa berperanan sebagai medium komunikasi
yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat. Melalui bahasa juga seseorang individu mampu
untuk memnyampaikan kehendak perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan
pengetahuan. Dalam sistem Pendidikan di
Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa
kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara termasuklah dalam pendidikan. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan
membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik
untuk menguasai pelbagai bidang ilmu.
Kebanyakan
penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama
mereka. Kepada pelajar yang bukan
golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua
mereka. Proses penerimaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar. Anaranya melibatkan sikap dan motivasi
pelajar itu sendiri terhadap bahasa Melayu.
Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa
yang dipelajari. Sikap positif ini perlu
ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan dan pengetahuan yang diteroka
melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan,
membuat rujukan, dan membaca pelbagai bahan.
Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu,
maka pelajar tersebut akan berusaha untuk mengukuhkan dan membaiki kelemhan
dalam menggunakan bahasa Melayu sabagai bahasa pertuturan.
Sebagai
kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam
kalangan bukan penutur bahasa Melayu adalah amat penting. Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu dapat
membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing pada
peringkat yang lebih tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Utama” oleh Jaymani Sevanathan Dewan Siswa, Bil.8/2019)
Bahan 2 – Lirik Lagu
Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakalan lah bahasa kebangsaan
kita
Marilah amalkan
ramai-ramai
Bahasalah menyatukan
kita semua
Yakinlah bahasa jiwa
bangsa.
Marilah mari rakyat
semua
Buktikanlah taat setia
dengan satu bahasa
Maju bangsa maju
negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa
Lirik dan lagu; Dol Ramli
SAYA MINTA IZIN AMBIL BAHAN INI UTK DIGUNAKAN SEMASA PDPR. TERIMA KASIH
BalasPadamassalamualaikum, saya mohon guna bahan ini, terima kasih.
BalasPadamAssalamualaikum, bahan yang sangat membantu saya. saya mohon izin untuk menggunakan bahan ini semasa PdPR, terima kasih.
BalasPadamSaya mohon guna bahan puan.terima kasih.
BalasPadamSaya mohon guna bahan ini Cikgu. Terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum. Saya minta izin guna bahan. T.kasih
BalasPadamMohon keizinan utk menggunakan Bahan ini puan
BalasPadamAssalamualaikum Saya minta izin untuk gunakan latihan ini ya. Terima kasih banyak2 ya. Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati olehNYA. Aamiin yarabbal a'lamin
BalasPadam