Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk menangani
ancaman buli siber di media sosial dan kesannya kepada remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat pada masa ini mempunyai
kemudahan untuk mengakses teknologi komunikasi, antaranya termasuklah melalui
e-mel, blog dan media sosial. Disebabkan perkembangan teknologi tersebut, isu
yang sering muncul dalam kalangan pengguna, khususnya remaja ialah buli siber.
Dalam hal ini, buli siber bermaksud suatu bentuk gangguan dalam dunia digital
dan secara kebiasaannya melibatkan kata-kata yang tidak sopan secara berulang-ulang,
intai siber dan hasutan maya. Oleh itu, Forum Kandungan Komunikasi dan
Multimedia Malaysia menyarankan para pengguna agar mengamalkan kawalan kendiri
ketika melayari media sosial.
Panduan kawalan kendiri boleh
dipraktikkan dengan mengenali rakan media sosial yang menjadi kenalan anda.
Sekiranya ada pemilik akaun yang tidak dikenali, usahlah diterima untuk mengelakkan
masalah yang tidak diingini. Ada juga kenalan yang pada mulanya kelihatan baik
tetapi mula menunjukkan cubaan-cubaan untuk membuli, jadi lebih baik diputuskan
perhubungan dan menyekatnya daripada mengikuti sebarang bahan yang dimuat naik
di laman sosial. Usaha ini sangat berkesan bagi mangsa yang diganggu
keselamatannya malah dapat mengelakkan fitnah atau hasutan. Selain itu, bagi
remaja yang telah menjadi mangsa, ambillah langkah drastik untuk melaporkan
kepada ibu bapa kerana mereka lebih memahami masalah anak-anak.
Buli siber juga boleh menjadi semakin
serius sehingga kes itu berlanjutan ke peringkat sekolah. Oleh hal yang
demikian, remaja patut melaporkan kes buli siber kepada guru yang dipercayai
atau meminta bantuan kaunselor. Secara tidak langsung, guru dan kaunselor boleh
mengambil tindakan kepada pembuli yang dikenal pasti bersekolah di sekolah yang
sama ataupun memberikan kaunseling kepada mangsa buli siber. Bagi remaja yang
bijak menyelesaikan masalah ini secara kendiri, mereka boleh terus mengemukakan
aduan kepada pihak pengurusan laman sosial. Aduan tersebut membolehkan pembuli
diambil tindakan sebelum mengulangi perbuatan itu kepada orang lain pula.
Pendekatan proaktif amat penting untuk menyelesaikan kemelut buli siber dan
remaja perlu menyimpan segala teks perbualan daripada pembuli yang
berkemungkinan dapat dijadikan bahan bukti. Bukti tersebut dapat membela nasib
mangsa buli sekiranya dibawa ke muka pengadilan. Di samping itu, pengguna media
sosial yang terlibat boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia dan Polis Diraja Malaysia sekiranya masalah ini membabitkan ancaman
terhadap keselamatan seseorang. Namun demikian, pengguna media sosial harus
melihat kembali punca buli siber ini berlaku, berkemungkinan disebabkan perasaan
cemburu atau hasad dengki yang keterlaluan. Ada juga yang bertindak membuli
untuk membalas dendam kerana kisah silam yang tidak boleh dilupakan. Tambahan
pula, tekanan perasaan akibat masalah keluarga menyebabkan pembuli bertindak
melepaskan geram kepada orang lain.
Dipetik dan diubah suai
daripada “Ancaman Buli Siber di Media Sosial”, oleh Forum Kandungan Komunikasi
dan Multimedia Malaysia, Dewan
Masyarakat, Bil. 6 2018
Soalan
2 : Pemahaman
[35 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata menyelesaikan kemelut?
[2 markah]
(ii)
Pengarang mengatakan bahawa
pengguna media sosial harus mengenal pasti punca berlakunya ancaman siber.
Nyatakan punca-punca tersebut?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, jelaskan
hukuman yang boleh dikenakan kepada murid-murid yang terlibat dengan buli siber?
[4 markah]
Jawapan nye mana
BalasPadamJawapan mana?
BalasPadammana jawapan
BalasPadam