Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Bencana alam
yang sering terjadi dan menghantui masyarakat kita dewasa ini ialah banjir
lumpur. Banjir teruk yang membawa lumpur
bukanlah disebabkan oleh faktor semula jadi seperti hujan lebat yang berterusan
dalam jangka masa yang lama semata-mata, sebaliknya diburukkan dengan aktiviti
penggondolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa. Menurut Pakar Geologi Kejuruteraan dan
Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, masyarakat yang tinggal di kawasan
mudah dilanda banjir berdepan risiko banjir teruk sepanjang tahun sekiranya
aktiviti tersebut dibiarkan berterusan tanpa sistem tadahan air sebagai
penampan. Banjir lumpur boleh dielakkan
jika pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.
Kita tidak
dapat menyangkal bahawa aspek pemodenan yang ingin dilaksanakan seperti
pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya turut menyumbang kepada
kejadian bencana ini. Selain itu, tiada
pemetaan dkawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum membangunkan
sesuatu kawasan turut menyebabkan keadaan banjir lumpur bertambah teruk. Walhal, pemetaan tersebut sangat penting
untuk mengenal pasti kawasan yang tidak ada risiko banjir sebelum bertindak
melakukan pembersihan kawasan. Oleh sebab
itu, agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif banjir
agar masalah bencana banjir lumpur tidak berulang atau menghantui masyarakat.
Bencana banjir
lumpur juga boleh berlaku akibat kegagalan pemilik tanah untuk menyelenggara
sistem saliran dengan baik. Kegagalan tersebut
mengundang risiko banjir kilat atau banjir lumpur. Pemilik tanah sepatutnya memastikan sistem
saliran tidak tersumbat dan berfungsi dengan baik agar air hujan dapat mengalir
dengan sempurna. Kejadian banjir lumpur
juga dapat dielakkan andai kata pihak berkuasa lebih tegas dalam pelaksanaan
undang-undang. Tamsilnya, jika mendapati
syarikat konsesi atau pihak yang berkenaan tidak memiliki lessen dan
menjalankan pembalakan haram, hukuman keras perlu dikenakan tanpa sebarang
kompromi.
(Dipetik
dan diubah suai daripada Gondol Hutan Punca Banjir Makin Buruk Oleh Suzalina
halid, BHarian Online, 11 Januari 2021)
Rumusan Set 2 - Chow Shu Ling 5ST
Bahan 1 – Petikan
Bahan 2 - Grafik
Rumusan membincangkan punca-punca menyebabkan banjir lumpur dan cara-cara menangani masalah banjir lumpur.√P 2
Antara punca menyebabkan banjir lumpur ialah aktiviti penggodolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa.√ 2 Selain itu, pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya.√2 Seterusnya, tiada pemetaan kawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan. √2
Antara cara menangani masalah banjir lumpur ialah pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.√2 Selain itu, agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif hujan. Se√2terusnya, pihak berkuasa lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang.√2 Di samping itu, masyarakat melibatkan diri dalam Program Kembalikan yang Hilang.√2 Masyarakat juga boleh menyertai aktiviti penanaman semula pokok.√2 Tanbahan pula, masyarakat bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar.√2
Kesimpulannya, semua masyarakat hendaklah bekerjasama menangani masalah banjir lumpur supaya kebajikan dan keselamatan rakyat terjamin. √K2
( 123 patah perkataan )√
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.